PENGENALAN :
Kerja-kerja pengujian 1 fasa memerlukan beberapa peralatan,perkakas dan
alatambah yang dapat membantu melaksanakan pengujian dengan betul dan selamat.
Sebelum pengujian dijalankan, proses pemeriksaan mata kasar dibuat untuk
memastikan bahawa suatu pemasangan itu telah siap secara fizikalnya.
1. Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa menggunakan
apa-apa alat uji. Beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu:
a. Sambungan pengalir ketat dan baik
b. Pengenalan dan kod warna kabel betul.
c. Pemilihan saiz kabel betul
d. Keadaan fizikal peranti dan kelengkapan dalam keadaan baik dan selamat
(tidak
pecah, reput atau tidak sempurna)
2. Setiap pepasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum
ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat. Ujian-ujian
yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pepasangan
itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pepasangan ini boleh
disenggarakan dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.
Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap
sesuatu pepasangan elektrik. Bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian
ini dijalankan.
3. Diantara peralatan,perkakasan dan
alatambah yang di gunakan bagi tujuan pengujian 1
fasa
ialah:
v Meter pelbagai.
v Penguji rintangan
penebatan.
v Penguji rintangan bumi.
v Loop tester.
v Ring socket tester.
v Loceng/buzzer.
v Test lamp.
v DB 1 fasa.
v CLIP ON METER
- Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pepasangan elektrik. Antara ujian litar mati yang perlu dilakukan adalah:
- Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
- Ujian keterusan pengalir pelindung
- Ujian rintangan elektrod bumi
- Ujian penebatan
- Ujian kekutuban
- Pemeriksaan Dan Ujian Pendawaian Elektrik
- Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan dari sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor, alat pemanas air dan sebagainya hendaklah diuji secara berasingan. Jika alat ini ada sambungan atau terminal bumi, ujian penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan bumi atau logam terdedahnya. Bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 0.5 Mega-Ohm. Jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan dijalankan untuk alat tersebut kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas atau rintangan rendah pada alat-alat itu dan termasuk juga neutral atau di antara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau mana-mana logam yang dibumikan.
5.1 Kehendak Perundangan
Mengikut peraturan
12(1) dan (2), Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap
pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh pendawai dengan sekatan
fasa tunggal atau sekatan fasa tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah
memperakukan sesuatu perakuan penyelian dan penyiapan.
Mengikut peraturan
13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu
hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau oleh pendawai
dengan sekatan fasa tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan
dan yang hendaklah mengesahkan perakuan ujian bagi pepasangan itu.
Mengikut peraturan
13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan perakuan penyeliaan
dan penyiapan dan perakuan ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah
masing-masing dalam borang G dan H yang telah ditetapkan dalam jadual pertama.
RUJUKAN :
1.
Abd Samad Hanif 2004 Lukisan Elektrik dan Elektronik, Dewan
Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur ( Muka surat 53- 56)
2.
Abd Samad Hanif Teknologi Elektrik, Pustaka Sistem Pelajaran
Sdn.Bhd.
( Muka surat 126-127)
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.