Melukis Gambarajah Litar Skematik Elektrik Di Dalam Lukisan Elektrik

Melukis Gambarajah Litar Skematik Elektrik Di Dalam Lukisan  Elektrik


Untuk melukis gambarajah  litar skematik  elektrik, pelatih mesti memahami litar elektrik yang telah dilukis. simbol-simbol peralatan elektrik yang digunakan untuk Papan fius agihan (PFA / DB), papan suis kecil (PSK / SSB) dan  papan suis utama (PSU / MSB) difahami  Rujuk kepada lukisan 
 Rajah III.C –1.04  di atas menunjukkan pelan susunatur elektrik lengkap dangan   litar pendawaian                         untuk Bilik kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A)

Rajah III.C –1.04  di atas menunjukkan pelan susunatur elektrik lengkap dangan   litar pendawaian
                       untuk Bilik kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A)

Merujuk kepada pelan Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A) yang telah disertakan dengan menggunakan  skala yang sesuai telah ditunjukkan pelan susunatur elektrik yang telah  dilengkapkan dengan keperluan elektrik yang sesuai mengikut kegunaan sesuatu bilik tersebut lengkap dengan litar pendawaian elektrik.

Rujuk  di dalam gambarajah  pelan susunatur litar pendawaian elektrik  yang telah disediakan diatas. Lukiskan gambarajah litar skematik untuk pendawaian tersebut. Contoh gambarajah skematik elektrik yuntuk Blok (A) – Bilik kuliah 1, 2 dan 3 yang ditunjukkan di bawah. Gambarajah III.C –1.05 di bawah untuk gambarajah skematik untuk litar lampu, gambarajah III.C –1.06 di bawah untuk gambarajah skematik elektrik untuk litar kuasa dan gambarajah di bawah III.C –1.07  untuk gambarajah litar lampudan kuasa yang telah dihimpunkan di dalam satu Papan Suis Kecil.

Gambarajah III.C –1.05 di atas menunjukkan rajah litar pendawaian skematik untuk litar lampu                                   ( DB’AL’) di Blok (A) – Bilik Kuliah 1, 2 dan 3.
Gambarajah III.C –1.05 di atas menunjukkan rajah litar pendawaian skematik untuk litar lampu
                                 ( DB’AL’) di Blok (A) – Bilik Kuliah 1, 2 dan 3.

 Gambarajah III.C –1.06  di atas menunjukkan rajah litar pendawaian skematik untuk litar kuasa                                    DB’AK’) di Blok (A) – Bilik Kuliah 1, 2 dan 3.

Gambarajah III.C –1.06  di atas menunjukkan rajah litar pendawaian skematik untuk litar kuasa  
                                DB’AK’) di Blok (A) – Bilik Kuliah 1, 2 dan 3.
 Gambarajah III.C –1.07 di atas menunjukkan rajah litar pendawaian skematik untuk litar elektrik                                   ( DB’A’) di Blok (A) – untuk Bilik Kuliah 1, 2 dan 3.

Gambarajah III.C –1.07 di atas menunjukkan rajah litar pendawaian skematik untuk litar elektrik 
                                ( DB’A’) di Blok (A) – untuk Bilik Kuliah 1, 2 dan 3.



Carian berkaitan dengan Melukis Gambarajah Litar Skematik Elektrik Di Dalam Lukisan Elektrik

  • lukisan skematik
  • lukisan skematik 3 fasa
  • simbol elektrik
  • simbol lampu
  • pendawaian elektrik 1 fasa
  • simbol komponen elektrik
  • simbol suis

SIMBOL-SIMBOL LAMPU DAN SIMBOL SOKET


Meletakkan Dan Melukis Simbol-Simbol Elektrik Di Dalam Lukisan Bentangan Elektrik   


Untuk melukis simbol-simbol elektrik (lampu dan soket), pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik dahulu. Untuk melukis  simbol-simbol yang berkaitan.  Merujuk kepada keperluan elektrik yang disertakan , pelan susunatur elektrik boleh direka dan dilukis.

Setelah pelan susunatur elektrik telah dilukis di bilik yang sesuai pembahagian litar pendawaian pula   dilakukan.

Untuk melukis simbol-simbol elektrik (lampu dan soket), pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik dahulu. Untuk melukis  simbol-simbol yang berkaitan.  Merujuk kepada keperluan elektrik yang disertakan , pelan susunatur elektrik boleh direka dan dilukis.
SIMBOL-SIMBOL LAMPU DAN SIMBOL SOKET


Susunatur elektrik yang berupa symbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam symbol Elektrik Piawai kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan tempat/ruang/bilik itu sendiri.

Pada amnya pelan ini dipenuhi dengan simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alir keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Sekiranya simbol-simbol tersebut dilukis mengikut skala, lukisan yang dihasilkan itu akan kelihatan sesuai dan berkadaran.

Adalah amat penting sekali dan perluh diketahui sistem,Lukisan Bentangan Pemasangan Domestik Satu fasa. Ia bertujuan mendedahkan dan menunjukan kedudukan alatambah peralatan serta kelengkapan  elektrik di dalam sesebuah pelan rumah kediaman mahupun bangunan. Semua kedudukan alatambah atau kelengkapan ditunjukan dalam bentuk simbol.

Untuk memudahkan pendawaian elektrik dilakukan, pendawai mestilah melukiskan simbol yang sesuai dan ditempat yang sesuai. Pembahagian litar  (untuk litar tiga fasa) untuk setiap pendawaian  elektrik  yang dibuat untuk mengelakkan lebihan beban dan ini njuga akan memudahkan pendawai mendawai.

Dengan adanya pelan susunatur elektrik yang lengkap dengan litar pendawaian elektrik , ini akan memudahkan pendawai melakukan perubahaan (penambahan litar elektrik atau baikpulih litar elektrik)

Merujuk kepada pelan Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A) yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang sesuai telah ditunjukkan kedudukan susunatur pelan elektrik yang telah  dilengkapkan dengan keperluan elektrik yang sesuai mengikut kegunaan sesuatu bilik tersebut. Rujuk  di dalam gambarajah susunatur pelan susunatur elektrik  yang telah disediakan di bawah.
Merujuk kepada pelan Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A) yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang sesuai telah ditunjukkan kedudukan susunatur pelan elektrik
Bilik Kuliah 1
Searches related to SIMBOL-SIMBOL LAMPU DAN SIMBOL SOKET

  • simbol elektrik dan fungsinya
  • simbol lampu downlight
  • simbol elektrik suis
  • simbol elektrik rumah
  • simbol elektronik
  • fungsi simbol elektrik
  • simbol elektrik suruhanjaya tenaga

PENGESAHAN DAN PENGUJIAN PENDAWAIAN SATU FASA


PENGENALAN :  

              
Kerja-kerja pengujian 1 fasa memerlukan beberapa peralatan,perkakas dan alatambah yang dapat membantu melaksanakan pengujian dengan betul dan selamat. Sebelum pengujian dijalankan, proses pemeriksaan mata kasar dibuat untuk memastikan bahawa suatu pemasangan itu telah siap secara fizikalnya.

1.    Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa menggunakan apa-apa alat uji. Beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu:

a.    Sambungan pengalir ketat dan baik
b.    Pengenalan dan kod warna kabel betul.
c.     Pemilihan saiz kabel betul
d.    Keadaan fizikal peranti dan kelengkapan dalam keadaan baik dan selamat (tidak                    
   pecah, reput atau tidak sempurna)

2.  Setiap pepasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat. Ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pepasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pepasangan ini boleh disenggarakan dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.

Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap sesuatu pepasangan elektrik. Bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian  ini dijalankan.
Meter pelbagai.  v  Penguji rintangan penebatan.  v  Penguji rintangan bumi.

3.    Diantara peralatan,perkakasan  dan alatambah yang di gunakan bagi tujuan pengujian 1      
            fasa ialah:
v  Meter pelbagai.
v  Penguji rintangan penebatan.
v  Penguji rintangan bumi.
v  Loop tester.
v  Ring socket tester.
v  Loceng/buzzer.
v  Test lamp.
v  DB 1 fasa.
v  CLIP ON METER






  1. Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pepasangan elektrik. Antara ujian litar mati yang perlu dilakukan adalah:
  • Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
  • Ujian keterusan pengalir pelindung
  • Ujian rintangan elektrod bumi
  • Ujian penebatan
  • Ujian kekutuban

  1. Pemeriksaan Dan Ujian Pendawaian Elektrik

  1. Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan dari sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor, alat pemanas air dan sebagainya hendaklah diuji secara berasingan.  Jika alat ini ada sambungan atau terminal bumi, ujian penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan bumi atau logam terdedahnya. Bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 0.5 Mega-Ohm. Jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan dijalankan untuk alat tersebut kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas atau rintangan rendah pada alat-alat itu dan termasuk juga neutral atau di antara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau mana-mana logam yang dibumikan.

           



5.1       Kehendak Perundangan


Mengikut peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau sekatan fasa tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan sesuatu perakuan penyelian dan penyiapan.

Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau oleh pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan dan yang hendaklah mengesahkan perakuan ujian bagi pepasangan itu.

Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam borang G dan H yang telah ditetapkan dalam jadual pertama.









 RUJUKAN : 


1.    Abd Samad Hanif 2004 Lukisan Elektrik dan Elektronik, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur ( Muka surat 53- 56)

2.    Abd Samad Hanif Teknologi Elektrik, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.

( Muka surat 126-127)

PUSAT KAWALAN MOTOR ELEKTRIK VOLTAN RENDAH

Nota untuk tajuk: PUSAT KAWALAN MOTOR ELEKTRIK VOLTAN RENDAH

Berikut adalah penerangan yang lengkap berkenaan dengan  pusat kawalan motor ELEKTRIK voltan rendah yang terdapat di Malaysia.

Nota ini akan menerangkan tajuk berikut:

1.Pengenalan


2.Jenis2 pusat kawalan motor

  • Pusat kawalan motor voltan rendah (MCC)
  • Perkembangan MCC
  • Pusat Kawalan Motor Tradisional (CMCC)
  • Analisis Perbandingan MCC Pintar dan MCC Tradisional
PUSAT KAWALAN MOTOR ELEKTRIK VOLTAN RENDAH 
PHOTO CREDIT TO https://en.wikipedia.org

3. Komponen-komponen yang terdapat pada pusat kawalan motor voltan rendah

  • PEMUTUS LITAR BEKAS BERACUAN (MCCB)
  • PEMUTUS LITAR KECIL (MCB)
  • METER AMPIAR
  • METER FAKTOR KUASA
  • LAMPU-LAMPU PENUNJUK
  • METER VOLTAN
  • GEGANTI PILIHAN TAMBAHAN

4. Gambarajah susunatur dan skematik bagi sesebuah MCC


5. Pemasangan Pusat kawalan motor voltan rendah (MCC)

  • BINAAN
  • LOKASI

6. Kabel bekalan masuk dan keluar - jenis-jenis kabel

7. Laluan kable ke beban,motor atau mesin


8. Contoh formula yang bagi pengiraan beban penuh semasa penyediaan pelan susun atur dan gambarajah yang berkaitan.

9. Sistem pembumian


10. Senarai Rujukan


SUMBANGAN OLEH: FARDIN DAVACHI ANAK BAKAR
KV KUCHING