Penghidup Talian Terus D.O.L

Penghidup Talian Terus (Direct On Line Starter) D.O.L 


Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya. yang mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara. Pemula ini biasanya digunakan untuk motor berukuran ½ kk. hingga 3 K.K (0.37 Kw hingga 2.2 Kw) yang biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa dingin. penghembus udara, pemampat udara dan sebagainya. Arus mula adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal. 

Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 6 Amp. ini bermakna arus mula yang akan wujud pada motor itu ialah 36 Amp. hingga 48 Amp. Ini hanya berlaku untuk beberapa saat sahaja. 

Beban yang digunakan tidak boleh melebihi 3 K.K kerana arus mula yang tinggi boleh menggangu sumber bekalan ke beban-beban lain kerana dalam sistem penghidup talian terus ini, bekalan dikenakan terus kepada motor tanpa alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. 

Motor satu fasa yang biasa digunakan ialah motor yang digunakan didalam A/C satu fasa. Motor 3 fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor jenis Sangkar Tupai (Squirrel Cage).

Penghidup Talian Terus adalah satu sistem bekalan yang dikenakan terus pada motor tanpa sebarang alat perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor.

Dalam sistem penghidup motor kendalian automatik, alat digunakan untuk menggantikan suis tiga kutub adalah sesentuh-sesentuh dari penyentuh.

Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban / beban lampau. Menurut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, D.O.L hanya digunakan untuk motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi 3 kuasa kuda atau 2.2 kuasa kuda.


Penghidup Talian Terus adalah satu sistem bekalan yang dikenakan terus pada motor tanpa sebarang alat perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor.

Prinsip Kendalian


1. Apabila punat tekan hidup ditekan,arus akan mengalir masuk litar kawalan penghidup talian terus.

2. Arus ini akan mengalir melalui gegelung seterusnya gegelung ini akan menghasilkan  medan magnet/bertenaga.

3. Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahannya c1 dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.( off-on )

4. Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus dalam talian fasa melaluinya terus ke motor seterusnya ke talian neutral dan motor terus berputar.

5. Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari dengan punat tekan hidup.

6. Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun punat tekan hidup dilepaskan.

7. Apabila punat tekan henti dilepaskan,arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar utama terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilkan medan magnet.

8. Ini akan menyebabkan motor tidak berputar kerana sesentuh tambahan pada talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.

9. Motor juga berhenti berputar sekiranya beban lampau. Semasa beban lampau arus meningkat dan meyebabkan suis  beban lampau terbuka. Ini akan menyebabkan seluruh litar tidak berfungsi.

10. Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus kendalian motor. Punat tekan hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

Punat tekan hidup – dipasang selari diantara satu sama lain.
Punat tekan henti – dipasang sesiri diantara satu sama lain.


4.2.1 Kelebihan dan kekurangan Penghidup Talian Terus



KEBAIKAN

KEBURUKAN
· Dayakilas permulaan adalah tinggi dan mencapai kadar kelajuan maksima dalam masa yang singkat.
· Binaannya ringkas, harganya lebih murah dan senggaraannya mudah.
· Arus mulanya adalah tinggi dan ini     menyebabkan   pusuan (surge) di dalam sistem adalah amat tinggi dan mengganggu sistem yang lain.
· Untuk menanggung arus mula yang tinggi, pengalir-pengalir dan alat-alat perlindungan perlu dilebihkan kadarnnya, oleh itu perlindungan kurang sensitif.


ARTIKEL BERKAITAN >>>Motor Tolakan



TAGS Penghidup Talian Terus D.O.L

  • litar pendawaian dol starter
  • litar kawalan auto transformer
  • penghidup motor elektrik tiga fasa
  • litar kawalan auto transformer
  • simbol pemutus litar miniatur
  • Penghidup Talian Terus D.O.L-Nota terbaru
  • Penghidup Talian Terus D.O.L-Nota penting
  • Penghidup Talian Terus D.O.L-Nota terkini
  • Penghidup Talian Terus D.O.L-Nota yang harus anda baca

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.