Penerangan tentang ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian:
1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya. 2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya.3. Harga pendawaian.
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.4. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.5. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya6. Harga pendawaian .
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.
7. Tempoh ketahanan pemasangan.
Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem pendawaian.
8. Keadah khusus .
Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti keadan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.
9. Masa menyiapkan.
Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu diambil kira.
10. Tambahan litar atau perubahan litar.
Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.
11. Kekemasan dan kecantikan.
Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.
12. Voltan bekalan .
Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan.TAGS
- pemilihan sistem pendawaian
- sistem pendawaian salur
- sistem pendawaian tersembunyi
- sistem pendawaian konduit
- sistem pendawaian sesalur
- sistem pendawaian tersembunyi
- sistem pembumian
- Pemilihan Sistem Pendawaian-Nota terbaru
- Pemilihan Sistem Pendawaian-Nota terbaik
- Pemilihan Sistem Pendawaian-Nota terkini
- Pemilihan Sistem Pendawaian-Nota yang harus anda baca
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.