PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN KE ATAS PENYAMBUNGAN DAN KOMPENEN-KOMPONEN MOTOR TIGA FASA BERBEBAN

PENERANGAN:

                  
                   Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas penyambungan dan kompenen-kompenen
                motor tiga fasa adalah bertujuan untuk mmastikan motor tersebut dapat berfungsi
                dengan betul.Selain daripada itu ianya juga dapat memastikan motor tersebut selamat
                digunakan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas kompenen-kompenen
                motor tiga fasa berbeban akan dapat menjaga tempoh jangka hayat motor tersebut.
                Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat pemeriksaan seperti
                gegaran,habuk dan kekotoran,kelembapan ,beban berlebihan dan suhu sekeliling.

                Pengujian perlu juga dilakukan  ke atas motor tiga fasa.Antara pengujian seperti
    • Mengukur rintangan penebatan
    • Menggunakan growler bagi mengesan gelung yang berlitar pintas.
    • Menguji kesenjaran litar terbuka pada gelung.
    • Menguji imbangan bagi mengesan arus fasa semasa berbeban.
    • Mengukur kelajuan. 
JANGKAMASA UNTUK SUATU PEMERIKSAAN
Tujuan utama mengadakan satu jadual yang teratur ialah untuk mengahalang mesin dari berlaku kerosakan, menghalang adalah lebih baik dari membaiki mesin yang telahpun rosak.

Setiap motor yang dipasang di dalam sesebuah kilang hendaklah dipastikan mempunyai rekod-rekod seperti yang berikut oleh pengilangnya :

  1. Tarikh pemeriksaan
  2. Butir-butir senggaraan
  3. Kos

Faktor-faktor yang diambilkira dalam suatu pemeriksaan adalah seperti :

  1. Kepentingan motor tersebut bagi skim pengeluaran
  2. Peratus motor tersebut beroperasi dalam masa sehari
  3. Kendalian
  4. Persekikitaran


1.         JENIS-JENIS TEMPOH PEMERIKSAAN

  1. TIAP-TIAP  3 MINGGU
    1. Periksa komutator dan set brush, samada AC atau DC.
    2. Periksa paras minyak pada bearing
    3. Lihat samada cincin minyak bergerak bersama shaft
    4. Pastiakn Shaft yang terdedah bebas dari terken grease dan minyak dari bearing.
    5. Periksa juga suis pemula, fius, dan bahagian lain kawalan samada terdapat bahagian yang longgar.
    6. Pastikan kelajuan sesebuah motor berada di dalam keadaan yang normal, serta masa yang ditetapkan.


  1. TIAP-TIAP 6 BULAN

  1. Cuci dan bersihkan motor secara menyeluruh, tiupkan segala habuk yang terdapat pada lilitan gelung dan bersihkan juga permukaan komutator dan berus karbon.
  2. Periksa cincin pengapit komutator
  3. Periksa keadaan berus karbon, jika didapati haus lebih dari setengah, hendaklah digantikan.
  4. Periksa pemegang berus karbon, jika kotor, bersihkan. Pastikan kedudukan berus karbon di dalam tempat pemegangnya.
  5. Periksa daya tekanan terhadap berus karbon.
  6. Periksa kedudukan berus pada komutator
  7. Buangakan (keringkan), basuhkan, dan gantikan dengan minyak yang baru pada sarung bearing.
  8. Periksa minyak dalam bearing atau roller bearing.

  1. Periksa kelajuan operasi atau kelajuan motor.
  2. Pastikan kedudukan shaft adalah normal
  3. Periksa serta ketatkan mana-mana bahagian yng longgar pada motor atau alat kawalannya.
  4. Periksa arus kemasukan dan bandingkn dengan keadaan yang normal.
  5. Mengesan bahagian-bahagian yang memutar, samada keadaan lariannya licin, tanpa grgaran, dan kerosakan pada bearing, rantai atau tali putar.
  6. Periksa bolt dan nut pada tapk motor, dikedua penutup tepi, pulley, penyambung, gear dan semua bahagian  yang melibatkan pepasangan skru dan kekunci.
  7. Pastikan semua penutup atau pengadang motor di tempatkan pada tempatnya dengan betul dan pastikan ianya dipasang dengan selamat.


 C. SEKALI SETAHUN

  1. Bersihkan serta tukarkan grease baru ke dalam bearing bebola atau pengelak.
  2. Uji penebat dengan alat penguji Megaohmeter.
  3. Periksa ruang udara
  4. Bersihkan benda halus yang terlekat dipermukaan tersebut.
  5. Bersihkan jarak antara shaft dan lubang penutup motor supaya bearing tidak rosak.
  6. Bersihkan lurah pada komutator supaya tidak terdapat bendasing didalamnya. Menyebabkan segmen komutator melintas antara satu dengan yang lain. Periksa kelicinin permukaan komutator.
  7. Periksa penyambungan antara komutator dan gelung angker.
  8. Periksa angker samada ianya bengkok.


 MENGUKUR RINTANGAN PENEBAT MOTOR

Keadaan penebat adalah satu factor yang paling penting dalam penyenggaran sebuah motor. Motor yang beroperasi dalam keadaan kurang elok memerlukan satu ujian bagi memastikan penggunaan berterusan dan memuaskan. Nilai rintangan suatu penebat adalah dalam unit Megaohm(1000000ohm) digunakan sebagai penunjuk  keupayaan penebat. Megaohmeter lazimnya disebut sebagai Megger, sila rujuk Rajah 1 dan 2.


 
MENGUKUR RINTANGAN PENEBAT MOTOR

MegaOhm Tester Meter

 

                           
  • Bagi kebanyakan pengeluar motor-motor menggunakan cara menguji penebat bagi daya tekanan 660V untuk motor yang berkadar di bawah 600V.
  • Formula yang digunakan bagi mencari nilai rintangan penebat adalah seperti berikut:


                                       
                                      Megaohm = kadar voltan mesin
                                                           ------------------------- + 1000
                                                           Kadar (KVA)/100
                                                           
BACA JUGA: