SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA (RUMAH)
Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik ,termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori –aksesori elektrik .
Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis-jenis perlindungan mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis – jenis penebat kabel yang digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul dibawah semua keadaan.
SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA (RUMAH) |
Faktor Pemilihan Pendawaian 3 fasa
Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan. Sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –pekara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut
1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
i. Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya (pegun), beban kapasitor, beban aruhan dan sebagainya.
2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
i. Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya.
3. Harga pendawaian.
i. Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.
4. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
i. Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya (pegun), beban kapasitor, beban aruhan dan sebagainya.
5. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
i. Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya
6. Harga pendawaian.
7. Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi
8. Tempoh ketahanan pemasangan.
i. Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem pendawaian.
9. Keadah khusus.
i. Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti keadan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.
10. Masa menyiapkan.
i. Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu diambil kira.
11. Tambahan litar atau perubahan litar.
i. Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.
12. Kekemasan dan kecantikan.
i. Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.
13. Voltan bekalan.
i. Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau kecil voltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan.
Standard Operational Procedure
Sebelum Pendawaian
1. Minta kebenaran daripada pengajar yang bertugas.
2. Pakai Pakaian keselamatan (PPE).
3. Pastikan peralatan pertukangan disediakan.
4. Pastikan litar skematik disediakan.
5. Pastikan tikar getah (rubber mate) tersedia.
6. Pastikan alatan pemadam api disediakan.
Semasa Pendawaian
1. Pastikan sambungan beban telah diputuskan (OFF)
2. Semua alat perlindungan telah direset.
Perhatian:
a) Pastikan punat reset ditekan sepenuhnya supaya peralatan perlindung reset sepenunya.
b) Pastikan tiada kabel yang longgar.
3. Hidupkan pemutus litar utama.
Perhatian:
a) Hendaklah dipastikan pemutus litar utama dihidupkan sepenuhnya.
Selepas Pendawaian
1. OFF bekalan.
2. Pastikan peralatan disimpan ditempat yang telah disediakan.
3. Pastikan bilik papan suiz dibersihkan setelah kerja-kerja amali dilakukan
4. Beritahu pengajar yang bertugas kerja amali telah selesai dan bengkel berada di dalam keadaan baik.
Jenis-jenis sistem pendawaian
Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi.
Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan
1) Sistem Pendawaian Permukaan.
2) Sistem Pendawaian Penyokong Katenari.
3) Sistem Pendawaian Konduit.
4) Sistem Pendawaian Tersembunyi.
5) Sistem Pendawaian Sesalur.
6) Sistem Pendawaian Salur.
7) Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Mineral Pelapik Kuprum.
8) Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Kertas Pelapik Plumbum.
SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN.
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam satu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.
Ciri-ciri pemilihan pendawaian 3 fasa
Berikut adalah beberapa cirri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan
1) Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal
2) Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu
3) Kos perbelanjaan murah
4) Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit
5) Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang
6) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian
7) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil
Jenis-jenis kabel yang digunakan
Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal .Jenis kabel yang sesuai digunakan di banggunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah.
Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip kepermukaan dinding atau siling .
Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada jenis logam.
Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibanggunan batu atau simen kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling.
Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum.
Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong.
BACA LAGI DISINI
https://drive.google.com/file/d/1WWt8cRft_-nPxWA75Cc0prGAVHm7tV78/view?usp=sharing
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.