JENIS2 PENGALIR ELEKTRIK [ PENDAWAIAN 1 FASA & 3 FASA]


JENIS2 PENGALIR ELEKTRIK [ PENDAWAIAN 1 FASA & 3 FASA]

Berikut adalah penerangan yang lengkap berkenaan dengan jenis-jenis pengalir yang boleh mengalirkan elektrik uuntuk rujukan anda.

i. Pengalir Elektrik


Pengalir ialah bahan yang membenarkan pengaliran elektron atau arus dengan  bebas mengalir melaluinya. Wayar kuprum ialah satu pengalir yang baik kerana ia memegang banyak elektron bebas.

 Atom kuprum itu sendiri dipegang oleh sturktur yang membentuk kuprum apabila ia menjadi pepejal. Tetapi elektron yang berada di orbit luaran atom kuprum tidak terikat dengan kuat kepada nukleusnya.


JENIS2 PENGALIR ELEKTRIK [ PENDAWAIAN 1 FASA & 3 FASA]


Dengan memberikan satu daya elektrik bertindak ke arah yang tertentu di dalam wayar kuprum, tenaga elekrtik akan berpindah melalui pengalir oleh arah pergerakan elektron bebas yang berpindah dari satu atom ke satu atom yang lain disekitarnya.

Wayar kuprum mempunyai rintangan yang paling rendah. Ini membolehkan pengaliran arus bergerak dengan baiknya. Kerintangan (resistivity) ialah juta ohm per centimeter.

Perak (argentum) ialah salah satu daripad pengalir yang baik tetapi kuprum lebih banyak digunakan kerana ianya lebih murah.

Aluminium juga pengalir yang baik seperti kuprum apabila digunakan dengan betul dan pada kebelakangan ini penggunaannya telah bertambah kerana harganya telah turun.

ii. Jenis-jenis pengalir   elektrik                                                                                                                           

Pengalir Elektik [Perak]

Suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa.

Digunakan untuk dawai fius jenis katrij dan menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam komponen elektronik.

Diperbuat daripada bahan ini kerana rintangannya yang rendah untuk kemudahan arus mengalir.

Pengalir Elektrik [Kuprum @ Tembaga]

Suatu pengalir kedua terbaik. Biasanya digunakan sebagai pengalir kabel dan busbar atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang digunakan dalam pemasangan. Nilai kerintangan ialah 17.5/mm.

Kebaikan bahan ini ialah :-
Memberi rintangan yang rendah
Lembut dan senang dibentuk.
Senang di sadur dengan timah.

Antara kabel menggunakan pengalir jenis kuprum iaitu :-
Kabel penebat pvc (single pvc)
Kabel pvc atau getah bersalut pvc/getah (pvc/pvc)
Kabel berpenebat pvc berperisai (pvc/swa/pvc)
Kabel penebat mineral (MICS)
Kabel penebat kerta bersalut plumbum (PILC)
Aluminium

Suatu pengalir yang ringan dibandingkan dengan pengalir lain. Digunakan sebagai kabel / dawai talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah. Nilai kerintangan ialah 28.4/mm

BACA JUGA>>>

  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  1. Pendawaian litar lampu


Related Posts:

  • SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN .                  Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam satu pemasa… Read More
  • Faktor pemilihan Pendawaian Elektrik Faktor pemilihan Pendawaian Elektrik Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan .Sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –pekara yang perlu diperh… Read More
  • Jenis kabel untuk pendawaian permukaan Jenis kabel untuk pendawaian permukaan             Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem per… Read More
  • PENDAWAIAN ELEKTRIK Pengenalan kepada pendawaian elektrik Pendawaian elektrik merupakan satu sistem pengalir elektrik untuk mengangkut aliran elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini berkaitan dengan sistem pendawaian untuk b… Read More
  • Jenis-jenis sistem pendawaian Jenis-jenis sistem pendawaian Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi .berikut … Read More

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.