KABEL BAWAH TANAH VOLTAN RENDAH

BINAAN KABEL BAWAH TANAH VOLTAN RENDAH


Secara amnya kabel elektrik bawah tanah voltan rendah yang lengkap dan boleh berfungsi dengan baik dan selamat terbahagi kepada bahagian – bahagian tertentu. Bahagian  kabel elektrik bawah tanah voltan rendah berikut:
i) Bahagian pengaliran elektrik
ii) Bahagian penebat kepada pengalir
iii) Bahagian perlindungan mekanikal

Secara amnya kabel elektrik bawah tanah voltan rendah yang lengkap dan boleh berfungsi dengan baik dan selamat terbahagi kepada bahagian – bahagian tertentu. Bahagian  kabel elektrik bawah tanah voltan rendah berikut:
kabel elektrik bawah tanah voltan rendah 

Pengalir kabel elektrik bawah tanah voltan rendah 


Bahagian pengaliran elektrik adalah konduktor elektrik yang akan menyalurkan bekalan elaktrik. Ia diperbuat dari logam seperti tembaga dan aluminium. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan yang dipanggil teras (core ).

Bilangan pengalir terkecil dalam setiap teras dipanggil lembar ( strand ). Kabel untuk penghantaran kuasa elektrik lazimnya mengandungi satu, dua, tiga atau empat teras. Bilangan lembarnya pula bergantung kepada saiz kabel. Setiap saiz lembar akan menentukan kemudahlenturan sesuatu kabel. Lebih kecil saiz lembar lebih mudahlah ia dilenturkan walaupun memerlukan banyak bilangan lembar.


No
Tembaga
Aluminium
1
Pengalirannya baik. Oleh itu saiznya lebih kecil untuk sesuatu kadaran arus.
Pengalirannya kurang baik. Oleh itu saiznya lebih besar bagi sesuatu kadaran arus yang sama.
2
Harganya mahal
Harganya murah
3
Lebih berat
Ringan
4
Tidak mudah patah
Mudah patah
5
Mudah lentur
Tidak mudah lentur



Bentuk pengalir  kabel bawah tanah voltan rendah



Bentuk – bentuk pengalir adalah seperti dalam rajah. Tujuan dibentuk sedemikian ialah untuk mengurangkan : 

i) Ukuran kabel ( dimension )
ii) Berat
iii) Kos
iv) Mudah lentur

Penebat   kabel bawah tanah voltan rendah

Bahagian penebat ialah bahan yang digunakan sebagai penebat kepada konduktor supaya tidak berlaku litar pintas atau kebocoran kebumi. Bahan penebat yang lazim digunakan ialah PVC ( polyvinyil chloride ), kertas ( wood pulp, spruce atau pine ), XLPE ( cross link polyethelene ) dan minyak penebat. Tebal kertas penebat ialah 0.06 hingga 0.15mm. kertas adalah bahan penyerap air dan dalam keadaan tekanan udara biasa ia mengandungi kira – kira 8% lembapan.

Impregnantion 

Mengandungi viscous oil dan refined rosin ( gum dari pokok pine )
Fungsi Impregnant  :
Menambah dielectric strength
Meminyakkan dan memudahkan pergerakan pita kertas apabila ianya dibengkokkan
Menambah pengaliran haba. 

     Jenis – jenis Impregnantion 
Mass impregnated
Mass impregnated non draining ( MIND ).
Pre impregnated

    Tali Jut

       Dipasang di antara teras untuk membentuk  kabel bawah tanah voltan rendah berbentuk bulat yang padat.

    Belt paper 


    Adalah bertujuan untuk menguatkan penebatan di antara teras dengan bumi. Tebal penebat ialah    
    1.4 mm   di antara pengalir dan 1.2 mm di antara pengalir dan pembalut ( shealth ).
    

Lead shealth


Adalah bertujuan untuk menghalang lembapan atau air dari memasuku kabel dan juga sebagai
pengalir keterusan bumi. Tebalnya di antara 1.2mm – 1.6mm bergantung kepada saiz kabel.

Bedding

Mengandungi 2 compound tape atau PVC tape dan satu atau lebih lapisan bahan fibrous
berkompoun kabel dengan lapisan kertas atau PVC
.

Double Steel Tape

Perlindungan mekanikal oleh hentakan benda berat atau tajam tetapi tensilekekuatan ketegangannya rendah. Gunakan steel wire armoured untuk mendapatkan kekuatan ketegangan yang tinggi.

Serving


Adalah bahan compouned fibrous material yang sesuai dengan ketebalan 2 mm. bahan digunakan ialah jute yarn, Hessian tape atau natural cotton atau synthetic fibres.

White Wash


Satu lapisan white wash diperlukan untuk mengelak  kabel melekat di antara gelung semasa di dalam drum kabel. Penggunaan bahan penebat kabel bergantung kepada kadaran voltan kabel. Lazimnya PVC digunakan untuk voltan rendah sehingga 1000v, manakala voltan tinggi menggunakan XLPE atau minyak. Tebal bahan penebat bergantung kepada kadara voltannya, lebih  tinggi voltan kabel maka lebih teballah bahan penebatnya.

Penutupan

Setakat itu saja penerangan penting untuk tajuk kabel bawah tanah voltan rendah. Semoga tajuk  kabel bawah tanah voltan rendah ini menjadi rujukan berguna kepada semua orang yang terlibat dengan pendawain elektrik. bawah tanah.

Baca tajuk seterusnya>>>JENIS – JENIS KABEL BAWAH TANAH

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.