PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA
Dia kata pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa...tapi tajuk ni cover Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik, Peraturan Am ,Pemasangan Alat TambahFaktor dan Kepelbagaian Pepasangan Elektrik.
Masalah yang biasa dihadapi adalah macam mana nak kira Faktor Kepelbagaian Pepasangan Elektrik ni...tak hairan lah kan ada pelajar bawa nota@toyol ke dalam kelas atau bilik kuliah...untuk menipuuuuuuuuuuuuuu...
Esok dah korang kerja, tau lah macam mana rasa kalau tak hafal benda ni...haha..gurau jer..

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai lukisan elektrik fasa tunggal.
PENERANGAN :
1. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik
Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.
2. Kenalpasti Sistem Bekalan Elektrik
Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal. Sistem satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman