CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)

CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
SALUR

Pengenalan
Sistem salur adalah satu sistem yang digunakan untuk menayalurkan kabel-kabel telefon, kabel-kabel elektrik dan beberapa perkhidmatan lain ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Definisi
Salur ialah saluran yang dibuat di bawah lantai yang boleh menyalurkan perkhidmatan kabel telefon, elektrikal dan sebagainya. Biasanya ia dibuat di bawah lantai semasa pembinaan bagunan lagi.

Dari konteks elektrikal, salur dapat menghubungkan kabel-kabel kuasa yang mempunyai bilangan yang banyak dari satu tempat ke tempat yang lain (contoh seperti dari kotak pengagihan pengguna ke meja-meja kerja di dalam sebuah bengkel atau makmal).


Salu (Ducting)

Penggunaan Salur
Pada peringkat permulaan, salur yang digunakan di makmal-makmal atau bengkel-bengkel, hanyalah sebuah longkang kecil dan ditutup dengan menggunakan blok-blok simen.

BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)


 BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK  

(Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat , selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain :
i.      Electricity Regulations.
ii.     Electricity (Board Supplies) Rules.
iii.    Electricity Ordinance.
iv.    Safety Regulations.
v.     IEE Regulations for electrical installations.
vi.    Akta Bekalan Elektrik.
BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK  (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)  Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat , selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain :
BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK   

Nota: PENGUBAH / Transformer


Nota: PENGUBAH / Transformer
  • 1. Pengubah / Tranformer      merupakan peranti elektrik yang paling mudah binaannya tetapi merupakan salah satu peranti yang paling berguna. Pengubah boleh didapati di dalam berbagai saiz dan bentuk dari yang berteraskan besi (untuk kegunaan frekuensi kuasa 50 Hz) hinggalah yang berteraskan udara (untuk kegunaan frekuensi sehingga beberapa kHz). Pengubah berfungsi untuk mengubah aras voltan (arus) AC. Tanpa pengubah, kuasa elektrik tidak mungkin dapat di hantar dari stesen penjana ke tempat-tempat yang jauhnya sehingga beribu batu. Pengubah pada asasnya terdiri daripada dua gegelung pengalir yang bertindak sebagai induktor yang terpisah secara elektrik tetapi bersambung secara magnetik. Pengubah terdiri daripada dua gelung (windings) yang dililitkan pada teras (core) besi, dimana teras dan gelung merupakan bahagian utama dalam struktur binaan pengubah. Teras pengubah terdiri daripada kepingan keluli berlapis yang ditebat untuk mengelak daripada berlakunya karat dan sentuhan elektrik. Gelung utama (primary winding) pengubah akan disambung kepada bekalan dan dikenali sebagai belitan utama sementara gelung sekunder (secondary winding) disambung kepada beban dan dinamakan belitan sekunder. Antara sebab mengapa teras pengubah diperbuat dalam bentuk kepingan besi yang berlapis ialah untuk mengurangkan kehilangan kuasa yang disebabkan oleh arus pusar (eddy current)

 Susunan Am Pengubah dimana V1 = voltan terminal utama, V2 = voltan terminal sekunder, I1=  arus utama, I2 =   arus sekunder,  N1 = bilangan lilitan belitan utama,  N2 = bilangan lilitan belitan sekunder



  • 2. Terdapat dua jenis binaan pengubah iaitu jenis teras dan jenis kelompang. Ia berbeza dari segi kaedah menempatkan gegelung. Pengubah jenis teras biasanya digunakan pada pengubah kuasa dengan arus yang  besar dimana pengubah jenis ini mempunyai belitan yang dililit pada kedua-dua lengan teras. Pengubah jenis kelompang pula mempunyai belitan yang dililit dibahagian tengah teras sahaja.
 
PENGUBAH / Transformer
  • 3.  Belitan utama sebuah pengubah dibekalkan dengan sumber voltan atau arus ulangalik. Apabila arus ulang alik mengalir pada belitan utama, fluks ulang alik akan terhasil di dalam teras. Jika fluks yang dihasilkan itu dapat melintasi belitan sekunder, maka daya gerak elektrik yang akan teraruh pada belitan utama E1 dan belitan sekunder E2 adalah sama. Apabila bahagian sekunder pengubah dalam keadaan litar buka, voltan pada bahagian sekunder V2 adalah sama dengan dge yang teraruh dibelitan sekunder E2. Seterusnya arus pada belitan utama menjadi sangat kecil maka voltan dan d.g.e. (daya gerak elektrik) yang teraruh pada belitan utama juga sama tetapi berbeza kekutuban.
Menganggap bahawa kecekapan pengubah menghampiri100% maka; 1V1 x faktor kuasa belitan utama = I2V2 x faktor kuasa belitan sekunder Oleh kerana faktor kuasa belitan utama dan belitan kedua pada keadaan beban penuh lebih kurang sama.
  • Carian berkaitan dengan jenis transformer
  • fungsi transformer
  • contoh transformer injak naik
  • contoh peralatan transformer injak naik
  • contoh peralatan elektrik transformer injak naik
  • contoh transformer injak turun
  • penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik

4. Pengubah Langkah Naik (Step-up) dan Pengubah Langkah Turun (Step-down) Pengubah langkah naik adalah pengubah  yang meninggikan paras voltannya. Ini bermakna voltan pada belitan sekunder lebih tinggi berbanding dengan voltan pada belitan utama. Bilangan lilitan pada bahagian sekunder lebih banyak daripada belitan utama. Arus yang mengalir pada bahagian sekunder adalah lebih rendah berbanding dengan arus pada bahagian utama. V2 > V1 ; N2 > N1 dan I2 < I1 Pengubah jenis ini biasanya digunakan untuk penghantaran dari bahagian sistem penjanaan kepada pencawang-pencawang elektrik yang lain pada jarak yang jauh sehingga beratus-ratus kilometer. Voltan yang tinggi dan arus yang rendah diperlukan dalam sistem ini untuk mengurangkan berlakunya kehilangan yang tinggi semasa penghantaran tenaga elektrik.  Pengubah jenis langkah turun pula, berfungsi untuk menurunkan paras voltan. Pengubah jenis ini digunakan untuk mengagihkan bekalan dari pencawang elektrik kepada pengguna. Nilai voltan yang tinggi yang dihantar ke pencawang akan diturunkan kepada nilai yang lebih rendah, iaitu nilai yang bersesuaian dengan pengguna.


Bilangan lilitan belitan sekunder juga lebih sedikit berbanding dengan bilangan lilitan belitan utama, sementara arus pada bahagian sekunder lebih tinggi daripada arus pada bahagian utama. Ini kerana voltan sentiasa berkadar terus dengan bilangan lilitan sementara arus pula berkadar songsang dengan kedua-duanya. V2 < V1 ; N2 < N1 dan I2 > I1 Pengubah LangkahNaik (Step-up) dan Pengubah  LangkahTurun(Step-down)



  • 5.  Aliran arus di dalam belitan utama akan terlaras secara automatik untuk memenuhi keperluan keluaran (arus beban). Oleh itu apabila tiada sebarang arus digunakan daripada belitan sekunder (tanpa beban), belitan utama juga tidak akan mengalirkan arus kecuali arus ujaan (excitation current). Nilai arus ujaan adalah sangat rendah iaitu setakat cukup untuk mengekalkan kewujudan fluks dan litar magnet. Arus ujaan akan dianggap sebagai terlalu kecil dan boleh diabaikan. Dalam keadaan berbeban, aliran arus di dalam belitan utama adalah berkadaran dengan beban pada bahgaian sekunder.



  • 6.  Tidak semua kuasa yang dibekalkan ke pengubah disalurkan ke beban. Sebahagian daripada kuasa ini akan ‘hilang’ pada teras dan belitan-belitan pengubah.  Para pengilang sedaya upaya akan memastikan kehilangan ini sentiasa pada tahap yang minimum. Bergantung kepada penggunaan, kehilangan pada pengubah biasanya dalam lingkungan 1% hingga 5%. Pengubah yang digunakan untuk memindahkan jumlah kuasa yang besar direka bentuk supaya sekurang-kurangnya mempunyai kecekapan 98%. Pengubah bersaiz kecil, seperti yang digunakan pada loceng pintu dan litar isyarat selalunya tidak menitik beratkan sangat soal kecekapan (adakalanya kurang dari 85%). Ini kerana pengubah sebegini hanya memindahkan sejumlah kuasa yang kecil dalam tempoh  yang sangat singkat sahaja.


  • 7.  Fluks magnet yang berubah di dalam teras pengubah akan mengaruh voltan pada sebarang pengalir  yang berada di kawasan medan tersebut. Oleh kerana teras itu sendiri merupakan bahan pengalir, fluks magnet berubah bukan sahaja mengaruh voltan di dalam belitan pengubah malah di dalam teras pengubah itu sendiri. Voltan yang teraruh di dalam teras pengubah akan menyebabkan wujudnya arus yang berpusar di dalam teras. Arus ini di kenali sebagai arus pusar dan kehilangan kuasa yang disebabkan olehnya dikenali sebagai kehilangan arus pusar. Kehilangan arus pusar boleh dikurangkan dengan meninggika nrintangan laluan yang diambil oleh arus pusar. Ini boleh dilakukan dengan membina teras yang berlapis-lapis dengan setiap lapisan teras ditebatkan menggunakan lapisan tipis varnish.

PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN KE ATAS PENYAMBUNGAN DAN KOMPENEN-KOMPONEN MOTOR TIGA FASA BERBEBAN

PENERANGAN:

                  
                   Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas penyambungan dan kompenen-kompenen
                motor tiga fasa adalah bertujuan untuk mmastikan motor tersebut dapat berfungsi
                dengan betul.Selain daripada itu ianya juga dapat memastikan motor tersebut selamat
                digunakan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas kompenen-kompenen
                motor tiga fasa berbeban akan dapat menjaga tempoh jangka hayat motor tersebut.
                Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat pemeriksaan seperti
                gegaran,habuk dan kekotoran,kelembapan ,beban berlebihan dan suhu sekeliling.

                Pengujian perlu juga dilakukan  ke atas motor tiga fasa.Antara pengujian seperti
    • Mengukur rintangan penebatan
    • Menggunakan growler bagi mengesan gelung yang berlitar pintas.
    • Menguji kesenjaran litar terbuka pada gelung.
    • Menguji imbangan bagi mengesan arus fasa semasa berbeban.
    • Mengukur kelajuan. 
JANGKAMASA UNTUK SUATU PEMERIKSAAN
Tujuan utama mengadakan satu jadual yang teratur ialah untuk mengahalang mesin dari berlaku kerosakan, menghalang adalah lebih baik dari membaiki mesin yang telahpun rosak.

Setiap motor yang dipasang di dalam sesebuah kilang hendaklah dipastikan mempunyai rekod-rekod seperti yang berikut oleh pengilangnya :

  1. Tarikh pemeriksaan
  2. Butir-butir senggaraan
  3. Kos

Faktor-faktor yang diambilkira dalam suatu pemeriksaan adalah seperti :

  1. Kepentingan motor tersebut bagi skim pengeluaran
  2. Peratus motor tersebut beroperasi dalam masa sehari
  3. Kendalian
  4. Persekikitaran


1.         JENIS-JENIS TEMPOH PEMERIKSAAN

  1. TIAP-TIAP  3 MINGGU
    1. Periksa komutator dan set brush, samada AC atau DC.
    2. Periksa paras minyak pada bearing
    3. Lihat samada cincin minyak bergerak bersama shaft
    4. Pastiakn Shaft yang terdedah bebas dari terken grease dan minyak dari bearing.
    5. Periksa juga suis pemula, fius, dan bahagian lain kawalan samada terdapat bahagian yang longgar.
    6. Pastikan kelajuan sesebuah motor berada di dalam keadaan yang normal, serta masa yang ditetapkan.


  1. TIAP-TIAP 6 BULAN

  1. Cuci dan bersihkan motor secara menyeluruh, tiupkan segala habuk yang terdapat pada lilitan gelung dan bersihkan juga permukaan komutator dan berus karbon.
  2. Periksa cincin pengapit komutator
  3. Periksa keadaan berus karbon, jika didapati haus lebih dari setengah, hendaklah digantikan.
  4. Periksa pemegang berus karbon, jika kotor, bersihkan. Pastikan kedudukan berus karbon di dalam tempat pemegangnya.
  5. Periksa daya tekanan terhadap berus karbon.
  6. Periksa kedudukan berus pada komutator
  7. Buangakan (keringkan), basuhkan, dan gantikan dengan minyak yang baru pada sarung bearing.
  8. Periksa minyak dalam bearing atau roller bearing.

  1. Periksa kelajuan operasi atau kelajuan motor.
  2. Pastikan kedudukan shaft adalah normal
  3. Periksa serta ketatkan mana-mana bahagian yng longgar pada motor atau alat kawalannya.
  4. Periksa arus kemasukan dan bandingkn dengan keadaan yang normal.
  5. Mengesan bahagian-bahagian yang memutar, samada keadaan lariannya licin, tanpa grgaran, dan kerosakan pada bearing, rantai atau tali putar.
  6. Periksa bolt dan nut pada tapk motor, dikedua penutup tepi, pulley, penyambung, gear dan semua bahagian  yang melibatkan pepasangan skru dan kekunci.
  7. Pastikan semua penutup atau pengadang motor di tempatkan pada tempatnya dengan betul dan pastikan ianya dipasang dengan selamat.

Contoh soalan prinsip, binaan, operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. tiga fasa.

 Contoh soalan prinsip, binaan, operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. tiga fasa.
TUJUAN: 
     
                         Kertas tugasan ini bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai perkara- 
                perkara  berkaitan dengan prinsip, binaan, operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. tiga fasa.

        ARAHAN: 

1.    Jawab  semua soalan di atas  kertas soalan yang disediakan
2.    Kertas soalan ini mengandungi  4 bahagian soalan iaitu

a.    Bahagian A mengandungi 5 soalan objektif  (10 markah)
b.    Bahagian B mengandungi 5 soalan padankan(10 markah)
c.     Bahagian C mengandungi 10 soalan betul /salah (20 markah)
d.    Bahagian D mengandungi 7 soalan esei   (60 markah)

3.    Masa untuk menjawab semua soalan ialah  60 minit.
4.    Tidak dibenarkan meninggalkan bilik ujian 30 minit yang pertama
5.    Jika terdapat sebarang masalah sila bertanya kepada Pegawai Bertugas


ANEKA PILIHAN

Arahan : Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat

1. Antara berikut manakah tidak benar mengenai pemegun(stator) ?
A.    Diperbuat daripada lapisan keluli.
B.    Tugas utama ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar disamping sebagai pelengkap litar magnet.
C.   Stator disokong oleh rangka motor yang diperbuat daripada besi tuang atau plat keluli.
D.   Digunakan untuk memegang alas bebola yang menyokong aci motor.

 Soolan 2 berpandukan kepada penyataan dibawah.

                                   Binaanya sama seperti pengulangalik (alternator) jenis medan berputar angker (pengalir) pegun. Statornya dibelitkan dengan 3 fasa, dan rotornnya dibuat 2 bentuk samada jenis kutub tertonjol atau kutub selinder rata.

2. Pernyataan di atas adalah benar mengenai ..........................
A.    Motor aruhan 3 fasa sangkar tupai
B.    Motor segerak 1 fasa
C.   Motor segerak 3 fasa
D.   Motor aruhan 3 fasa rotor berbelit

3. Formula untuk mencari peratus gelinciran ialah ...........................
            A. [(Ns – Nr) / Nr ] x 100%
            B. [(Ns – Nr) / Ns ] x 100%
            C. [(Nr – Ns) / Nr ] x 100%
            D. 100% x [(Nr – Ns) / Nr ]

4. Motor 3 fasa boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu motor aruhan sangkar tupai, motor segerak dan ____________________________.
     A. Motor aruhan 3 fasa
     B. Motor aruhan pemutar berlilit.
     C. pemutar sangkar tupai
     D. motor tetap

5. _____________________ialah kelajuan putaran medan magnet berputar.
           A. Kelajuan pemutar
           B. Kelajuan segerak
           C. Motor segerak
           D. Pemutar sangkar tupai


                                                                                                                               (10 markah) 




BAHAGIAN B

SOALAN PADANKAN
Arahan : Padankan kenyataan di kiri dan di kanan dengan anak panah mengikut kesesuaian.

1.
Tugas utama stator (5)

1
Frekuensi bekalan dan bilangan kutub.
2.
Perisai hujung  (3)
2
Kelajuan motor ini tidak boleh diubah dan pengubahan kelajuan hanya dibuat dengan mengubah kecekapannya.
3.
Laju putaran medan magnet berputar bergantung kepada ….(1)
3
Digunakan untuk memegang alas bebolayang menyokong aci rotor.
4.
Kebaikan motor 3 fasa (4)
4
Perbelanjaannya murah dan penjagaanya mudah.
5.
Keburukan motor 3 fasa  (2)
5
Sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar disamping sebagai pelengkap litar magnet.





                                                                                                                           (10 markah)



BAHAGIAN C


Soalan Betul/ Salah

Arahan  : Sila tandakan (Ö) jika betul dan (x) jika salah pada ruang yang disediakan.
X
 


  1. Terdapat 3 bahagian utama motor aruhan iaitu pemegun, pemutar dan motor.

Ö
 
  2. Tugas utama stator ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar          
      disamping sebagai pelengkap litar magnet.

X
 


  3.  Tugas rotor ialah untuk memutar skru motor .
             
  Ö
 
  4. Salah satu kebaikan motor 3 fasa ialah tahan lasak dan tidak mudah untuk dimusnahkan.



X
 
  5. Kelajuan motor segerak adalah sentiasa  berubah-ubah, dan kelajuan rotor adalah tidak sama   
      dengan kelajuan kesegerakkan.


  6. Motor 3 fasa dapat memberikan kecekapan yang kurang baik, faktor kuasa yang lebih rendah,     
X
 
      mempunyai sifat permulaan yang lebih baik dan harga yang lebih mahal.

Ö
 


  7. stator atau utama ialah bahagian yang pegun dalam motor.

  8. Rotor atau sekunder adalah berbentuk empat segi dan dibina daripada lapisan-lapisan keluli
X
 
      yang bertebat.



Ö
 
  9. Perisai hujung digunakan untuk memegang alas bebola yang menyokong aci rotor.

Ö
 


  10. Kelajuan rotor adalah sama dengan kelajuan kesegerakkan(sinkronus).


            (20 markah)

KUIZ LAIN

  • Contoh soalan prinsip, binaan, operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. tiga fasa.
  • NOTA : PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA
  • CONTOH KUIZ/UIAN LUKISAN TIGA FASA
  • CONTOH SOALAN (ujian/kuiz) : PENGENALAN KEPADA PRINSIP , BINAAN , OPERASI DAN PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS MOTOR A.U. FASA TUNGGAL
  • CONTOH SOALAN KUIZ FAKTOR KEPELBAGAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR BERAPA JUMLAH LAMPU/SOKET DAN LITAR ELEKTRIK YANG LAIN UNTUK SATU FIUS/MCB
  • CONTOH SOALAN KUIZ LUKISAN TIGA FASA
  • CONTOH SOALAN MENGESAN KEROSAKAN PENDAWAIAN SATU FASA
  • Contoh soalan kerosakan yang sering berlaku di dalam pepasangan elektrik satu fasa
  • Contoh soalan motor satu fasa
  • Contoh soalan ujian kabel bawah tanah
  • INILAH CONTOH KUIZ LUKISAN SATU FASA YANG BIASA KELUAR DI KOLEJ/POLI/ILP/MARA/UNIVERSITI
  • JAWAPAN KUIZ KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
  • PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA
  • SKEMA KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
  • SOALAN PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA (cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, seterika elektrik)
  • Sistem bekalan elektrik Satu Fasa
  • Skema kuiz/ujian Motor Elektrik Satu Fasa
  • Soalan-soalan kuiz Akta Bekalan Elektrik 1994
  • Ujian: Contoh soalan Tranformer/alatubah satu fasa
  • ujian/kuiz: contoh soalan kawalan motor
  •