Ujian: Contoh soalan Tranformer/alatubah satu fasa

Ujian: Contoh soalan Tranformer/alatubah satu fasa

 soalan Tranformer/alatubah satu fasa
Ujian: Contoh soalan Tranformer/alatubah satu fasa


Bahagian A
Soalan objektif . ( Tandakan jawapan yang  betul )

1. Dalam pepasangan elektrik terdapat pelbagai jenis alatubah/transformer. Apakah jenis alatubah yang digunakan untuk litar loceng dengan nisbah 240 /24V

A. Alaubah kuasa peralatan B. Alatubah kuasa Pembekal
C. Alatubah Arus D. Alatubah Auto

2. Sebuah alatubah/transformer di perlukan bagi membuat kawalan litar dalam sebuah mesin yang menggunakan Arus Terus.Apakan nama komponen yang digunakan untuk menukarkan bekalan AU kepada AT pada keluaran alatubah  .
A. Kapasitor
B. Rectifire
C. Transistor.
D. Resistor

3. Keterangan berikut menerangkan  fungsi   sebuah alatubah . Pilih yang betul .
i. Kuasa keluaran dalam unit watt
ii. Sebuah alat yang statik ketika beroperasi .
iii. Terdapat gegelung utama dan tambahan
iv Sangat sesuai bagi kegunaan menurukan dan menaikan voltan.

A. (i), (ii )  & (iii)
B. (ii) , & (iv)
C. (i), (iii) & (iv)
D. Semua betul

4. Akah ciri-ciri kehilangan kuasa yang berlaku dalam sesebuah alatubah.
A. Kehilangan besi.
B. Kehilangan kehangatan.
C. Kehilangan  kuprum.
D. Kehilangan kuprum dan besi .

5. Berpandukan pada keterangan dibawah pilih kenyataan yang betul bagi langkah keselamatan  semasa memasang alatubah satu fasa .
i. Punca masuk adalah 240 Volt
ii. Teras besi hendaklah dibumikan
iii. Diletakkan pada tempat yang ada ruang udara
iv Setiap punca keluaran hendaklah ditandakan .

A. (i), (ii )  & (iii)
B. (ii) , & (iv)
C. (i), (iii) & (iv)
D. Semua betul

6. Bagaimanakan untuk menentukan Penguubah satu fasa  yang mempunyai ciri-ciri keluaran voltan yang rendah.  
i. Kuasa keluaran dalam unit VA
ii. Jumlah lilitan utama lebih besar daripada lilitan sekunder
iii. Nisbah alatubah  ES/Ep
iv Nilai galang lilitan  sekunder lebih rendah daripada  nilai galangan lilitan utama

A. (i), (ii )  & (iii)
B. (i),(ii) , & (iv)
C. (i), (iii) & (iv)
D. Semua betul

7. Lilitan utama dan sekunder yang terdapat pada alatubah satu fasa 240/50V adalah disambung secara
A. delta untuk kedua-dua lilitan utama dan sekunder .
B. bintang untuk kedua-dua lilitan utama dan kedua.
C. Selari dengan bekalan untuk lilitan  utama dan selari dengan beban untuk lilitan   
            sekunder.
D. bintang untuk lilitan utama dan delta untuk lilitan kedua.

8. Sebuah alatubah kuasa berkadar  10VA , 240/24V . kirakan arus maksima dibahagian utama .
A. 4.16 V.
B. 0.04 V.
C. 0.416V .
D. 41.6V.

9. Ujian bagi menentukan alatubah  boleh mengeluarkan voltan yang betul dinamakan ujian :
A. Keterusan
B. Rintangan Penebatan
C. Nisbah
D. Kekutupan

10. Berdasarkan pada keterangan dibawah pilih sebab-sebab  alatubah kuasa satu fasa cepat rosak.
i. Voltan dipunca masuk lebih besar daripada kadaran alatubah
ii. Tiada perlindungan tanpa voltan dipasang pada alautubah
iii. Diletakkan pada tempat yang sempit
iv Menanggung beban yang berlebihan sepanjang masa.

A. (i), (ii )  & (iii)
B. (ii) , & (iv)
C. (i), (iii) & (iv)
D. Semua betul


JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING

JENIS TRUNKING ,
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING


Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya
dalam bentuk muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya boleh
di keluarkan dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding
atau besi rangka bangunan.( Dalam peraturan IEE).

OBJEKTIF :-
Pada akhir pembelajaran ini supaya pelatih boleh tahu dan faham perkara
yang berkaitan pemasangan trunking.

PENGGUNAAN :
Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak,
tidak kira samada kabel itu sama saiznya ataupun  berlainan saiznya.Ia juga
digunakan apabila bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan
kedalam conduit.

SAIZ/ UKURAN :
Trunking dibuat dalam berbagai saiz dan ukuran iaitu dari 38 mm x 38 mm
ke 300 mm x 150 mm dan ukuran panjangnya biasanya dibuat dalam ukuran
2 hingga 5 meter dengan dilengkapi oleh alat lengkap seperti Tee, Selekoh
(Bend) dan aksesori yang lain.
Di bawah ini merupakan berbagai saiz dan ukuran trunking yang terdapat
dalam pasaran mengikut Piawaian BS.

1. 38 mm x 38 mm.                   10.    100 mm x 38 mm.
2. 38 mm x 50mm.                    11.     100 mm x 50 mm.
3. 50 mm x 50 mm.                   12.    100 mm x 75 mm.
4. 25 mm x 50 mm.                   13.    100 mm x 100 mm.
5. 25 mm x 75 mm.                   14.    150 mm x 38 mm.
6. 38 mm x 75 mm.                   15.    150 mm x 50 mm.
7. 50 mm x 75 mm.                   16.    150 mm x 75 mm.
8. 75 mm x 75 mm.                   17.    300 mm x 150 mm.
9. 100 mm x 25 mm.


Nota pemasangan salur

Nota pemasangan salur
SALUR

Pengenalan
Sistem salur adalah satu sistem yang digunakan untuk menayalurkan kabel-kabel telefon, kabel-kabel elektrik dan beberapa perkhidmatan lain ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.


Definisi
Salur ialah saluran yang dibuat di bawah lantai yang boleh menyalurkan perkhidmatan kabel telefon, elektrikal dan sebagainya. Biasanya ia dibuat di bawah lantai semasa pembinaan bagunan lagi.

Dari konteks elektrikal, salur dapat menghubungkan kabel-kabel kuasa yang mempunyai bilangan yang banyak dari satu tempat ke tempat yang lain (contoh seperti dari kotak pengagihan pengguna ke meja-meja kerja di dalam sebuah bengkel atau makmal).

Penggunaan Salur
Pada peringkat permulaan, salur yang digunakan di makmal-makmal atau bengkel-bengkel, hanyalah sebuah longkang kecil dan ditutup dengan menggunakan blok-blok simen.
Namun apabila berlaku peredaran zaman, sistem salur telah diperbaharui dengan menggunakan kotak salur empat segi bujur atau kotak melengkung yang memanjang dan beberapa aksesori-aksesori yang lain. Ianya diperbuat daripada PVK ataupun bahan logam. Kabel-kabel akan disambung dan dipasang melalui salur-salur ini untuk menghubungkan bekalan elektrik ke tempat yang memerlukan bekalan sama ada ke soket alir keluar ataupun ke panel-panel bekalan kuasa elektrik. Kemudian akan ditutup menggunakan simen lantai, tetapi beberapa bahagian akan dipasang dengan kotak simpang (junction box) bagi tujuan penyelenggaraan.


Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu
  1. Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu
Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
  1. Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
Pertengahan/perantaraan
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL
  1. SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL
Sistem Pembumian

  1. Sistem Pembumian (wayar bumi)

NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

NOTA : PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

· Elektrik merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan
a) Geseran
b) Haba
c) Aruhan elektromagnet

· Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga yang lain yang boleh digunakan seperti :
a) Tenaga cahaya            Contoh : Lampu
b) Tenaga haba                Contoh : Seterika
c) Tenaga bunyi               Contoh : Radio
d) Tenaga gerakan           Contoh : Motor

· Kuantiti : Bilangan sesuatu yang boleh diukur

· Unit : nama untuk menyatakan pengukuran yang dilakukan terhadap kuantiti tersebut


1.1 KUANTITI ASAS ELEKTRIK

Unit bagi kuantiti elektrik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya :
a) Beza keupayaan ( Voltan ) / dge
b) Arus
c) Rintangan
d) Kuasa elektrik
e) Tenaga

Beza Keupayaan ( Voltan )
· Daya/ tekanan yang menyebabkan pengaliran arus berlaku dalam satu litar.
· Diperoleh daripada sumber bekalan seperti bateri atau penjana
· Unit asas = VOLT
· Simbol     = V
· Meter penyukat = meter volt
· Meter volt disambungkan secara selari dengan beban yang hendak diketahui voltannya (tekanan)

Arus
· Arus merupakan pengaliran elektron pada satu litar / pengalir lengkap.
· Unit asas = AMPERE
· 1 Ampere = 1 Coulomb cas elektrik yang melalui suatu titik dalam 1 saat
· Simbol     = I
· Meter penyukat = meter ampere
· Didalam litar elektrik, meter ampere disambungkan secara sesiri dengan beban
· I = Q
              t

Rintangan
· Rintangan ialah kuantiti yang mengehadkan pengaliran arus elektrik pada suatu litar.
· Unit asas = OHM
· Simbol     =  Ω
· Meter penyukat = meter ohm

Kuasa
· Kuasa ialah kadar melakukan kerja ataupun banyaknya kerja yang dilakukan dalam satu unit masa.
· Hubungan antara kuasa dan tenaga ditunjukkan oleh persamaan berikut :
P = W
        t
· Unit asas = WATT
· Simbol     = P
· Meter penyukat = meter watt

Tenaga/kerja
· Tenaga ialah kemampuan untuk melakukan kerja pada suatu masa.
· Cth : sebuah bateri kereta dianggap mempunyai tenaga elektrik jika ia berkemampuan untuk menghidupkan enjin kereta tersebut
· W = Fs
· Unit asas = JOULE
· Simbol     = W


KUANTITI ASAS
· Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain.
· Lima kuantiti asas dan unit S.I

Kuantiti asas
Unit S.I
Simbol
Panjang, l
Meter
M
Jisim, m
Kilogram
kg
Masa, t
Saat
S
Suhu, T
Kelvin
K
Arus elektrik, I
Ampere
A


 1.2 IMBUHAN

Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil dalam unit S.I

IMBUHAN
NILAI
BENTUK PIAWAI
SIMBOL
Tera
1 000 000 000 000
1012
T
Giga
1 000 000 000
109
G
Mega
1 000 000
106
M
Kilo
1 000
103
k
Deci
0.1
10-1
d
Centi
0.01
10-2
c
Mili
0.001
10-3
m
Mikro
0.000 001
10-6
µ
Nano
0.000 000 001
10-9
n
Piko
0.000 000 000 001
10-12
p


1.3 PENUKARAN UNIT

1. Km - m
    1 Km = 1 x 103 m
              = 1000m

2. m - Km
    1m = 1 x 10-3 km
          = 0.001km

3. µm – m
    20µm = 20 x 10-6 m
               = 0.00002 m

4. Gv – v
    0.045 Gv = 0.045 x 109 v
                    = 45 000 000v /4.5 x 107 v