Penjanaan daya gerak elektrik (d.g.e.) tiga fasa

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 

termasuk Persamaan gelombang daya gerak elektrik d.g.e. teraruh  untuk rujukan lengkap anda.

Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 
Dalam sistem arus ulangalik (AU) satu fasa, apabila satu gegelung diputarkan dan memotong uratdaya magnet, satu voltan AU akan terjana.

Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 

Sekiranya lebih daripada satu gegelung diputarkan pada aci yang sama, memotong uratdaya magnet yang sama, setiap gegelung akan menjanakan satu voltan AU yang mempunyai amplitud gelombang yang sama tetapi mempunyai beza fasa tertentu antara satu dengan lain

Sistem yang menggunakan lebih daripada satu gegelung dinamakan sistem pelbagai-fasa (poly phase) 

Penjana tiga fasa mengandungi tiga buah gegelung serupa yang ditempatkan secara fizikal 120˚ antara satu sama lain 

Tiga daya gerak elektrik (d.g.e.) akan dijanakan apabila ketiga-tiga gegelung berputar pada satu kelajuan tetap dalam suatu medan magnet sekata.

Ketiga-tiga d.g.e. mempunyai nilai frekuensi dan amplitud yang sama tetapi dengan beza fasa sebanyak 120° antara satu sama lain.
  
Setiap sumber voltan ini dinamakan fasa.  Biasanya tiga fasa dilabelkan sebagai Merah (R-Red); Kuning (Y-Yellow) dan Biru (B-Blue). 

Dalam sistem bekalan AU yang asas, voltan AU boleh dijanakan dalam dua kaedah iaitu memutarkan gegelung dalam medan uratdaya magnet, atau memutarkan uratdaya magnet untuk memotong gegelung kekal 

Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 
                   Medan magnet berputar,                             (b)  Gegelung berputar,  
                       Gegelung kekal                              medan magnet kekal.

                                               Rajah:  Penjana tiga fasa




Persamaan gelombang daya gerak elektrik d.g.e. teraruh 

Fasa R;   R sebagai rujukan.
          eR = Em sin wt

Fasa Y; Y mengekor R sebanyak 120°
               eY = Em sin (wt-120°)
Fasa B; B mengekor R sebanyak 240°  
               eB = Em sin (wt-240°)


Dalam sambungan bintang:
    VL =  3 VPH   ;      IL = IPH

Dalam sambungan delta:
    IL =  3 IPH   ;      VL = VPH


TAGS
Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 
Kawalan Suis
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
Kawalan Suis Pemalap
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
Kawalan Suis Sehala
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
LAMPU NEON
  1. NOTA :CARA MEMBUAT PAPAN TANDA LAMPU NEON - New!

http://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.my/2018/05/penjanaan-daya-gerak-elektrik-dge-tiga.html

NOTA :CARA MEMBUAT PAPAN TANDA LAMPU NEON


Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 

termasuk Persamaan gelombang daya gerak elektrik d.g.e. teraruh  untuk rujukan lengkap anda.

NOTA :CARA  MEMBUAT  PAPAN TANDA  LAMPU NEON


Proses membuat papan tanda lampu neon telah berubah sangat sedikit sejak berabad yang lalu, dan  boleh dikatakan salah satu daripada proses pembuatan terakhir yang memerlukan kemahiran manual. Ia adalah pakar-proses membuat papan tanda.

Sebelum kerja-kerja membentuk lampu neon dilakukan, pemasang lampu hendaklah melakukan kerja-kerja seperti lukisan kaji selidik, lukisan susun atur, pelan kunci, pelan lokasi, pelan tapak dan pembinaan lukisan. 

Semua jenis lukisan ini amat penting bagi memastikan semua kerja-kerja yang hendak dilakukan tidak tergendala dan mendatangkan masalah kepada pereka. 

Selain daripada itu segala pembaikian pada reka bentuk lampu boleh dilakukan dengan mudah. Anggaran kos juga boleh dibuat berdasarkan lukisan yang telah dibuat terlebih dahulu.