MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK

MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK


Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. Pendawai/kontraktor perlulah:-
i. membuat lawatan tapak;
ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna;
iii. mengira permintaan beban maksimum; dan
iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

1.1 Lawatan Tapak

Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:-
i. kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan;
ii. permintaan beban maksimum;
iii. bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga;
iv. jenis pendawaian; dan
v. susunatur kelengkapan.




1.2 Mengenalpasti Keperluan Beban Pengguna

Melalui pelan lantai bangunan keperluan pemasangan seperti cadangan beban, penempatan kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh ditentukan.


1.3 Mengira Permintaan Beban Maksimum

Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan pelan pepasangan elektrik. Mengikut MS IEC 60364 Part 1 klausa 311, pengiraan permintaan maksimum bagi setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang ekonomi berdaya harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor Kepelbagaian boleh diambil kira. Pengiraan kesemua permintaan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan lengkap.


 Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan juga membantu dalam menentukan saiz kabel.  Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menghitung permintaan arus maksimum dan kelonggaran bagi kepelbagaian untuk pepasangan domestik.


1.4 Mengemukakan Pelan, Lukisan Dan Spesifikasi

Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan kelayakan Pendawai mengemukakan pelan adalah seperti berikut :
i. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal – Voltan rendah fasa tunggal sehingga 60
                                                                          ampiar.
ii. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga – Voltan rendah sehingga 60 ampiar.




MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK    Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. Pendawai/kontraktor perlulah:-  i. membuat lawatan tapak;  ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna;  iii. mengira permintaan beban maksimum; dan  iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.
MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK

MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK








Rajah 1 Menunjukkan Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan Fasa Tungal Dan Tiga Fasa



PENGENALAN TARIF ELEKTRIK

I. Definisi Tarif
a) Tarif ialah sesuatu skala bayaran yang dikenakan kepada pengguna bergantung kepada jumlah beban,jenis bangunan dan jenis penggunaannya.Tarif yang dikenakan mestilah tidak membebankan pengguna dan tidak merugikan pihak pembekal.
b) Oleh itu tarif yang hendak dikenakan kepada pengguna mestilah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga.Tujuannya adalah untuk menampong segala kos yang ditanggung oleh pihak pembekal bermula dari penjanaan hingga kepada pembekalan kepada pengguna.
c) Sebelum tenaga elektrik sampai kepada pengguna, pihak pembekal terpaksa menampung  dua jenis perbelanjaan bagi mengeluarkan tenaga elektrik iaitu perbelanjaan kos tetap dan kos berubah

1.1  Kadar Samarata Atau Sekata
Tarif jenis ini membahagikan kadar bayaran tenaga elektik kepada dua bahagian iaitu bayaran tenaga elektrik untuk lampu dan bayaran tenaga elektrik untuk kuasa. Oleh itu tarif ini memerlukan dua buah meter kilowatt jam untuk mengambil dua bentuk bacaan, satu untuk bacaan unit tenaga elektrik lampu (pencahayaan) dan satu untuk bacaan unit kuasa. Kadar bayaran dengan tarif ini akan bertambah tinggi dengan bertambahnya tenaga elektrik yang digunakan.
Pada hari ini tarif sama rata ini jarang-jarang digunakan kecuali untuk perusahaan- perusahaan kecil kerana membazirkan meter dan menyukarkan pembacaan di samping bayaran tinggi yang dikenakan kepada pengguna.
Contoh 1
Pengguna perumahan menggunakan 100 unit lampu dan 200 unit kuasa dalam tempoh sebulan. Kadar tarif yang dikenakan ialah 20 sen bagi satu unit lampu dan 25 sen bagi satu unit kuasa. Kira bayaran uang perlu dibayar oleh pengguna tersebut.
Lampu 100 unit x 20 sen   - RM 20 00
 Kuasa 200 unit x 25 sen   - RM50.00
Jumlah bayaran      - RM 70.00

Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
  1. Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
  1. Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
Nota: PENGUBAH / Transformer
  1. Nota: PENGUBAH / Transformer

NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
  1. NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
  1. NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
  1. Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
Nota pemasangan salur
  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  2. Nota pemasangan salur
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
  1. Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)