JENIS PENDAWAIAN ELEKTRIK 3 FASA

JENIS PENDAWAIAN ELEKTRIK 3 FASA


Sistem pendawaian adalah cara sebenar bagaimana sesuatu kabel pemasangan tersebut di pasang.Ia juga mengaitkan dengan jenis kabel dan sistem perlindungan yang digunakan.

Di malaysia sistem pendawaian biasanya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu domestik dan industri.Pengkelasan ini bergantung kepada faktor seperti premis,jenis voltan dan beban.

a) Sistem Pendawaian Domestik Di antara pendawaian domestik ialah:

· Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

· Pendawaian Tersembunyi (Concealed Wiring)

· Pendawaian Selongsong PVK (PVC Casing Wiring)

· Pendawaian Pembuluh PVK (PVC Conduit Wiring)

b) Sistem Pendawaian Industri Sistem pendawaian industri biasanya melibatkan pemasangan yang perlu dilindungi daripada kerosakan mekanikal.

Pendawaian ini dilakuka di dalam dan juga di luar bangunan.Di antara sistem pendawaian industri yang sering digunakan di negara kita ialah:

· Pembuluh Logam(Konduit G.I)

· Sesalur (Trunking)

· Kabel Berperisai


KOMPONAN-KOMPONAN PELINDUNG TIGA FASA

BIL
KOMPENAN
FUNGSI
NILAI KADARAN ARUS


1


Suis Utama 3Ø

Menyambung dan memutuskan bekalan utama


60A/63A/100A/415V



2



RCCB 3Ø

Memutuskan bekalan secara automatik apabila berlaku lebihan arus bocor ke bumi.



60A/63A/100A/300mA/415V


3

Pemutus Litar Kenit (MCB)

Melindungi arus lebih dan melindungi daripada litar pintas



 6A,10A, 16A, 20A dan 32A

i. Suis Utama (Main Switch)


Ø Suis utama untuk sistem bekalan 3 fasa tidak banyak bezanya dengan suis utama yang digunakan dalam sistem bekalan 1 fasa. 

Fungsinya menyambung dan memutuskan bekalan. Ia mempunyai 3 terminal iaitu terminal dari Fasa RED, Fasa YELLOW dan Fasa BLUE. 

Setiap salah satu fasa berikut bertugas menyambungkan bekalan kepada beban-beban elektrik.


Suis Utama (Main Switch)

  


Gambarajah Suis Utama 3 Fasa

Ø Kadar arus bagi suis utama jenis suis fius juga tertakluk pada arus beban maksima. Kadar arus yang biasa terdapat dipasaran adalah seperti berikut :-

Pemutus Litar Arus Baki (RCCB)




ii. Pemutus Litar Arus Baki (RCCB)


· Pemutus Litar Arus Baki didalam sistem bekalan 3 fasa lebih dikenali dengan panggilan RCCB. Ia mempunyai 4 terminal iatu R, Y, B dan Neutral. Namun fungsinya tetap sama.

· Nilai arus kepekaan RCCB bagi sistem bekalan 3 fasa ialah 300mA.


Operasi Pemutus Litar Arus Baki (RCCB)


· Operasi Pemutus Litar Arus Baki (RCCB) menerangkan tentang cara kendalian RCCB 3 fasa. Setiap RCCB mempunyai arus operasi yang tersendiri iaitu 60A, 63A dan 100A.

· Apabila berlaku kerosakan ke bumi sebahagian arus akan mengalir ke bumi. Oleh itu, arus pada pengalir neutral tidak seimbang dengan arus pengalir fasa (Life). Medan magnet   menjadi tidak seimbang. 

Terdapat satu gelung kecil yang dipanggil gelung pengesan yang bertindak mengesan ketidak seimbangan medan magnet. Ia akan teraruh dan menyebabkan gelung pelantik terpelantik (Trip).



TAGS

pemasangan db 3 fasa,
pendawaian elektrik 1 fasa
asas pendawaian elektrik,
cara pendawaian elektrik,

kod warna wayar elektrik
, wiring lampu
wayaring rumah
cara pasang db 3 phase