SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL

SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL
A. PENGURUSAN KURIKULUM

1.Menyediakan rancangan untuk peningkatan dan kecemerlangan unit.

2.Memastikan penggunaan modul yang kemaskini.

3.Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kemaskini

4. Merancang dan menyelaras penjadualan waktu tenaga pengajar

5.Menyediakan Rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester

6.Menyemak soalan pentaksiran berterusan dan skema pemarkahannya

7.Menggunakan keputusan analisis pentaksiran untuk mengkaji serta mencari
Jalan untuk memajukan taraf pencapaian akademik dari semasa ke masa.

8.Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.

9. Menyelenggara fail-fail unit seperti minit mesyuarat, rekod tenaga pengajar

rekod pelajar, analisis pentaksiran, jadual waktu, pesanan peralatan dan

bahan, pelupusan, perkembangan staf, program motivasi dan lawatan

pelajar dan hal-hal yang berkaitan.


10. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan
tenaga pengajar

11.Menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperiukan.

12.Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan

seperti penambahbaikan modul vokasional, pengkaedahan

pembelajaran baru, jika ada.

13. Membantu membuat anggaran perbelanjaan tahunan.

14. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemertangan akademik

dalam unitnya.

15. Menguruskan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan

pengayaan bagi pelajar kolej.

16.Merancang aktiviti inovasi dan rekacipta pelajar dan tenaga pengajar

17.Menyelaras Lawatan Industri pelajar berpandukan prosedur yang telah

ditetapkan


18.Membantu menyelaras program semester pendek

19.Menyimpan rekod kelas gantian dan rekod senarai semak jumlah waktu

kredit belajar peiajar


B.PEMBANGUNAN STAF

20. Merancang keperluan latihan dan kemahiran khusus bagi kursus dalam

perkhidmatan (KDP ) untuk tenaga pengajar bengkel

21. Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran dan kepentingan bidang

kursus dalam kehidupan di kalangan tenaga pengajar dan pelajar

22. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu

semester

22. Mengajar sekurang-kurangnya 10 jam seminggu.

24. Menjalankan semua tugas tugas lain yang berkaitan seperti yang

diarahkan oleh Pengarah Kolej Vokasional dari semasa ke semasa.


C.PENGURUSAN BENGKEL


25.Menyelia dalam aspek 3K dan 5S (Sisih, susun, sapu,seragam dan

sentiasa amal) di bengkel-bengkel bawah kawalannya

26. Mengurus bengkel dengan kerjasama daripada Ketua Bengkel yang

berkaitan


BACA JUGA:
MOTOR 1 FASA
  1. MOTOR ELEKTRIK 1 FASA (PENGENALAN KEPADA MOTOR 1 FASA,Jenis Motor Ac Satu Fasa,
  2. MOTOR DAN CARA PEMASANGAN MOTOR SATU 1 FASA
  3. PENGIRAAN KELAJUAN , ARUS , KEHILANGAN KUASA DAN FAKTOR MOTOR ELEKTRIK A.U. FASA TUNGGAL.
MOTOR Elektrik 1 FASA
  1. NOTA : JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK SATU (1) FASA
DOWNLOAD NOTA PADAT
  1. DOWNLOAD NOTA PADAT TERBAIK SPM DAN SVM - New!
Definisi Voltan Elektrik
  1. Apa makna/maksud voltan elektrik.
  2. Definisi Voltan Elektrik
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
HUKUM OHM
  1. HUKUM OHM

Soalan-soalan kuiz Akta Bekalan Elektrik 1994



Soalan-soalan Akta Bekalan Elektrik 


Soalan kuiz Akta Bekalan Elektrik ini bertujuan untuk memberi kefahaman pelajar mengenai Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 supaya menjadi panduan semasa membuat kerja-kerja pepasangan elektrik 


Soalan :

1. Sebagai seorang kontraktor elektrik, anda dikehendaki membuat pemasangan pendawaian elektrik sebuah rumah baglow. Nyatakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum bekalan elektrik dapat dibekalkan ke pemasangan pengguna.





2. Nyatakan syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu menduduki peperiksaan bagi perakuan kekompetenan sebagai pendawai.





3. Apakah maklumat-maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik.






4. Nyatakan jenis kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan kompaun. Berapakah jumlah kompaun yang dikenakan dan apakah kaedah pembayaran yang di lakukan serta kepada siapakah pembayaran itu di buat?







5. Apakah kesalahan yang berkemungkinan teleh dilakukan yang menyebabkan tenaga dipotong daripada premis tersebut.






6. Seorang pekerja kilang telah maut akibat terkena renjatan elektrik semasa menjalankan tugasnya di sebuah kilang perabot. Mengikut peruntukan Akta Bekalan 1990, huraikan tindakan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan.






7. Nyatakan langkah-langkah perlindungan terhadap sentuhan langsung dan tak langsung mengikut Peraturan MS IEC 60364.






8.  Berikan sebab-sebab yang membolehkan pengabaian peranti untuk perlindungan beban lebih berdasarkan Peraturan MS IEC 60364.






9.  Nyatakan prosedur yang perlu dilakukan mengikut Peraturan MS IEC 60364 dalam melaksanakan pemeriksaan dan ujian berkala.



BACA JUGA: 

Maksud Elektrik
  1. Apakah makna/maksud "elektrik" dan arus elektrik?
Motor Tolakan
  1. Motor Tolakan - New!
NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS

  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS




Contoh soalan ujian kabel bawah tanah

Berikut adalah Contoh2 soalan ujian kabel bawah tanah yang biasa ditanya di dalam kuiz atau ujian.

SOALAN :

1. Nyatakan  tiga (3) bahagian kabel bawah tanah.





2. Sebutkan 5 kebaikan bagi pengalir Tembaga berbanding dengan Aluminium.







3. Sebutkan 3 ( tiga ) bahan penebat yang lazim digunakan pada kabel bawah tanah.







4. Apakah fungsi Impregnant?






5. Nyatakan jenis-jens impregnant yang anda tahu.






6. Senaraikan 5 ( lima ) jenis kabel yang biasa digunakan dalam kabel bawah tanah.







Contoh soalan ujian kabel bawah tanah

BACA JUGA TAJUK DIBAWAH

Maksud Elektrik
  1. Apakah makna/maksud "elektrik" dan arus elektrik?
Motor Tolakan
  1. Motor Tolakan - New!
NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS

  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)



HUKUM KIRCHOFF

· Hukum Kirchoff  merupakan hukum yang penting daan dapat membantu dalam menentukan nilai kuantiti elektrik seperti arus, susut voltan dan lesapan kuasa dalam litar elektrik.
· Terdapat dua Hukum Kirchhoff  iaitu Hukum Arus Kirchhoff ( HAK ) dan Hukum Voltan Kirchhoff ( HVK ).


Hukum Arus Kirchoff (HAK)

· HAK menyatakan bahawa dalam suatu litar lengkap, jumlah algebra arus yang masuk dan keluar nod sama dengan sifar.
· HAK digunakan untuk menentukan nilai arus cabang dalam litar pembahagi arus atau litar selari.



HUKUM KIRCHOFF


Hukum Voltan Kirchoff (HVK)

· Hukum Voltan Kirchoff  HVK menyatakan bahawa pada suatu gelung dalam litar lengkap, jumlah voltan punca bersamaan dengan jumlah voltan yang susut pada beban.
· Jumlah voltan punca = jumlah susut voltan
VS=V1+V2+V3


HUKUM KIRCHOFF

BACA JUGA:

Maksud Elektrik
  1. Apakah makna/maksud "elektrik" dan arus elektrik?
Motor Tolakan
  1. Motor Tolakan - New!
NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI

Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI

1. Satu konduit lurus 2 meter panjang diperlukan menyalurkan 6 ´ 2.5 mm2 kabel pvk teras tunggal berlembar . Buatkan satu anggaran bagi saiz nominal konduit yang sesuai digunakan.

Jawapan:

a) Faktor kabel 2.5 mm dari jadual 12A ialah 43 , oleh itu sekiranya 6 kabel faktornya ialah 6 ´ 43 = 258 .
b)  Bandingkan faktor konduit dengan jumlah faktor kabel daripada jadual 12B , faktor konduit yang sesuai ialah 290.
Dengan ini saiz nominal konduit yang sesuai digunakan ialah 16 mm .



2. Satu konduit dengan panjang larian 7 meter mengandungi 1 bengkokkan 90° dan 1 offset kembar .Konduit tersebut perlu membawa 7 ´ 1.5 mm kabel pvk teras tunggal.Tentukan saiz nomina konduit yang digunakan.

Jawapan :

a) Faktor kabel 1.5 mm dari jadual 12C ialah 22 , manakala 2.5 mm ialah 30 .Jumlah faktor kabel ialah ( 7´ 22 ) + ( 4 ´ 30 ) = 274 .
b) Bandingkan faktor konduit dengan jumlah kabel daripada jadual 12D , faktor konduit yang sesuai ialah 311 .
Dengan ini saiz nominal konduit yang sesuai digunakan ialah 16 mm .

Contoh soalan PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI  



NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
  1. NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
  1. NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
  1. Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
Nota pemasangan salur

  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  2. Nota pemasangan salur

ujian/kuiz: contoh soalan kawalan motor

 ujian/kuiz: contoh soalan kawalan motor

Berikut adalah salah satu contoh soalan kawalan motor yang biasa di tanya dalam kuiz ataupun pada penilaian akhir.




contoh soalan kawalan motor

1.      Lukiskan simbol suis punat tekan lazim terbuka dan suis punat tekan lazim tertutub.


i)Suis punat tekan lazim terbuka                                       ii)  Suis punat tekan tertutub

 (2 markah)

2.      Nyatakan perbezaan diantara kawalan manual, kawalan semiautomatik dan kawalan automatik.

i)                    Kawalan manual






ii)                  Kawalan semiautomatik






iii)                Kawalan automatik







(3markah)


4.      Nyatakan 2 fungsi utama kawalan motor
 1.       
2

(1 markah)


5.      Lukiskan simbol yang berikut.

A.      Kapasitor
B.      Suis lazim tertutub
C.      Suis lazim terbuka
D.     Sesentuh lazim terbuka



A.                                                                                         C.







B.                                                                                          D.













6.      Lukiskan simbol yang pengubah berikut:-


A.      Pengubah teras besi






B.      Pengubah auto







C.      Pengubah arus







D.     Pengubah teras udara








7.      Apakah tujuan plat nama yang diletakkan pada sesebuah motor ?

A.      Penerangan langkah-langkah yang perlu di ambil apabila berlaku kerosakkan pada motor berkenaan.
B.      Penerangan mengenai spesifikasi motor berkenaan seperti rpm, voltan, arus dan sebagainya.
C.      Penerangan mengenai ciri-ciri dan prinsip operasi motor berkenaan.
D.     Penarangan pembuat di dalam bentuk iklan pada peralatan berkenaan.


  1. Apabila plat nama motor tiga fasa 1HP menyatakan Y415V /Δ230V ini bermaksud .........................
A.      Semasa sambungan bintang voltan bekalan menjadi  415V.
B.      Semasa sambungan delta voltan bekalan merosot 230V.
C.      Voltan bekalan yang diperlukan pada sambungan bintang 415 V.
D.     Voltan minima pada sambungan delta ialah 230 V.