Nota Pendawaian/wiring litar lampu

Nota Pendawaian/wiring Litar Lampu

Sebenarnya ni lebih kepada alat-alat atau aksesori yang biasa kita jumpa sewaktu hendak melakukan wiring di rumah

Untuk melakukan pendawaian atau wiring di rumah kita perlu benda ni. Tak ada ni tak boleh buat lah.

So kena tau dulu apa aksesori yang biasa digunakan sewaktu nak buat wiring. Nanti saya akan tulis pulak bagaimana nak buat wiring kat rumah.


LAMPU MEJA


Litar lampu mempunyai berbagai kaedah kawalan suis. Diantaranya ialah:
· Kawalan suis sehala
· Kawalan suis dua hala 
· Kawalan suis pertengahan 
· Kawalan suis pemalap

 Kawalan Suis Sehala

Suis satu hala

Menggelung kedalam (looping in) kaedah biasa litar lampu. Suis boleh mengawal satu atau lebih punca lampu dengan syarat ketahan arus suis lebih dari arus beban.

Suis Satu Hala


Kawalan Suis Dua Hala


Kawalan sebuah atau lebih lampu dari dua suis kawalan. Contoh penggunaan ialah lampu bilik tidur atau lampu koridor.

Suis Dua Hala

Kawalan Suis Pertengahan/perantaraan

Suis Perantaraan

Kawalan sebuah atau lebih lampu dari tiga atau lebih suis kawalan. Contoh penggunaan ialah
 lampu tangga bagi bangunan bertingkat. Suis ni duduk di antara dua suis. Dia akan dipasang kat tengah-tengah dua hala.

Kawalan Suis Pemalap


Suis mengawal kececerahan satu  atau lebih lampu. Contoh penggunaan ialah di bilik tidur atau 
dewan / bilik persidanga. Sebanarnay dia berfungsi sparti alatur kipas. Dia kawal arus yang masuk ke lampu. Maknaya kalau no 5 tu makin terang.

Kenapa makin terang kalau letak no 5?
Sebab rintang dia makin rendah..so makin banyak lah arus yang lampu tu terima...maka semakin terang dia.


pemalap/dimmer
Pendawaian yang ringkas. Cara membuat pendawaian pemalap.


Pemalap Lampu@Dimmer Switch

Pemalap atau dimmer ni kita pasang untuk mengawal lampu filemen. Lampu kalimantang tak boleh...tak hidup lampu tu nanti kalau guna benda ni..haha




TUTORIAL BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
  1. BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
  2. NOTA : BAIKPULIH LITAR PEPASANGAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
  1. Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
Motor satu fasa
  1. Contoh soalan motor satu fasa
Rintangan elektrik
  1. Makna maksud definisi rintangan elektrik
Wiring/rumah sendiri
  1. Boleh ke wiring/rumah sendiri tanpa upah orang yang ada lesen pendawaian?

Pendawaian litar lampu

Pendawaian Litar Lampu


Litar lampu mempunyai berbagai kaedah kawalan suis. Diantaranya ialah:
· Kawalan suis sehala
· Kawalan suis dua hala 
· Kawalan suis pertengahan 
· Kawalan suis pemalap

 Kawalan Suis Sehala

Suis satu hala

Menggelung kedalam (looping in) kaedah biasa litar lampu. Suis boleh mengawal satu atau
 lebih punca lampu dengan syarat ketahan arus suis lebih dari arus beban.



Kawalan Suis Dua Hala


suis dua hala

Kawalan sebuah atau lebih lampu dari dua suis kawalan. Contoh penggunaan ialah lampu 
bilik tidur atau lampu koridor.


Kawalan Suis Pertengahan/perantaraan

Suis perantaraan


Kawalan sebuah atau lebih lampu dari tiga atau lebih suis kawalan. Contoh penggunaan ialah
 lampu tangga bagi bangunan bertingkat.


Kawalan Suis Pemalap


Suis mengawal kececerahan satu  atau lebih lampu. Contoh penggunaan ialah di bilik tidur atau 
dewan / bilik persidanga

pemalap/dimmer
Pendawaian yang ringkas. Cara membuat pendawaian pemalap.

...Baca juga nota pemasangan salur


TUTORIAL BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
  1. BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
  2. NOTA : BAIKPULIH LITAR PEPASANGAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
  1. Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
Motor satu fasa
  1. Contoh soalan motor satu fasa
Rintangan elektrik
  1. Makna maksud definisi rintangan elektrik
Wiring/rumah sendiri

  1. Boleh ke wiring/rumah sendiri tanpa upah orang yang ada lesen pendawaian?

NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK

 PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK

           


Kincir angin untuk jana tenaga elektrik
                    
PENERANGAN:


     Ada beberapa istilah yang perlu kita ketahui berhubung dengan epngiraan  litar elekrik.

a. Open circuit(litar terbuka) – ialah keadaan apabila arus atau mana-mana alat tidak bersambung dan menyebabkan arus tidak boleh mengalir.

b. Close circuit(litar tertutup) – ialah keadaan apabila suis atau alat-alat bersambung dan membenarkan arus letrik mengalir.

c. Short circuit(litar pintas) – ialah apabila arus letrik mengalir secara pintas tanpa melalui beban dan balik ke punca bekalan.  Dan satu lagi keadaan ialah apabila dua pengalir  yang  berlainan fasa bersentuhan.  Litar pintas sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan  kebakaran atau merosakan komponen-komponen elektrik.
                    

Litar Siri
Litar siri


Litar siri ialah susunan laluan untuk pengaliran elektron(arus letrik) yang hanya membenarkan pengaliran dalam satu lorong sahaja.  Elektron akan mengalir pada setiap lampu, rintangan dan suis dalam litar siri.  Apabila salah satu daripada alat elektrik itu tidak berfungsi elektron tidak dapat mengalir dan litar terbuka.

Tiga faktor penting tentang litar siri.

a. Arus yang mengalir dimana-mana bahagian litar siri adalah sama.  Dalam simbol, litar siri boleh ditunjukan seperti berikut :

Ij = I1 + I2 + I3  ………
b. Jumlah rintangan bagi satu litar adalah bersamaan dengan jumlah rintangan individu didalamnya.  Didalam simbol ia boleh ditunjukan seperti berikut :

Rj = R1 + R2 + R3 ………

c. Apabila susutan voltan didalam satu litar siri ditambahkan bersama, jumlah nilainya adalah bersamaan kepada jumlah voltan yang digunakan.  Didalam simbol ia boleh ditunjukan seperti berikut :

Vj = V1 + V2 + V3 ………


litar siri


Contoh Soalan


Nyatakan jumlah rintangan litar tersebut dan nyatakan arus yang melaluinya?

Rj = 10 + 1K + 20
     = 20.03 KW

Litar selari
 
Litar selari
     Apabila litar elektrik membenarkan elektron mengalir melalui dua atau lebih laluan pada waktu yang sama maka litar itu disebut litar selari.  Voltan yang melintangi setiap beban adalah sentiasa sama.
   
Vj = V1 = V2 = V3

     Jumlah elektron yang mengalir pada setiap cabang adalah sama dengan jumlah elektron yang mengalir pada peringkat permulaan.  Cabang-cabang yang mempunyai rintangan yang rendah membawa lebih arus jika dibandingkan dengan cabang-cabang yang mempunyai rintangan yang tinggi.
    
Ij = I1 + I2 + I3

     Perintang atau beban yang disambungkan selari menampakan satu rintangan campuran yang rendah daripada mana-mana satu daripadanya secara individu.

     a)  Mencari rintangan yang serupa dalam litar selari

litar selari

                                               Rj  =  400 / 4           
                                              =  100 W
   b) Dua perintang yang tidak serupa nilainya dalam litar selari.

litar selari


   Rj  =  R1 x R2
                                      R1 + R2  
                                  =  10 x 40
                                      10 + 40
                                  =  400
                                        50
                                  =  8W





  




c) Tiga atau lebih perintang yang tidak serupa dalam litar selari.
Litar selari


                                1 = 1 + 1 + 1
                               Rj   R1  R2  R3                 
                                   
                                   = 1 + 1 + 1
                                     10   30  40    

                              1  =  12 + 4 + 3
                              Rj         120

                              Rj  =  120
                                      19

                                   =   6.3 Ohm
Litar siri-selari
      
          Litar siri selari sebenarnya ialah campuran atau kombinasi litar siri dan litar selari. Tujuan utamanya ialah untuk memperoleh manfaat yang maksimum daripada kewujudan kedua–dua litar itu. Walaupun pada praktiknya amat sukar untuk membezakan litar ini, tetapi bolehlah dikatakan kesemua litar yang digunakan sekarang terdiri daripada litar siri selari.   
          
          Dalam litar siri selari jumlah arus yang mengalir bergantung kepada jumlah rintangan yang diberi oleh litar apabila disambungkan melintangi voltan. Arus yang mengalir dalam litar akan membahagi pada semua litar-litar selari dan bercantum semula untuk mengalir melalui bahagian litar siri.

Litar siri selari



                        Menunjukkan bagaimana Arus mengalir dalam Litar siri-selari


https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.my

3 FASA
  1. Motor 3 Fasa (Tutorial Mengesan kerosakan motor elektrik 3 fasa dengan betul)
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
  1. AKTA BEKALAN ELEKTRIK
APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK?
  1. APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK? - New!
Alatambah dan Alat Perlindungan bagi pendawaian elektrik di rumah
  1. ALATAMBAH DAN ALAT PERLINDUNGAN PENDAWAIAN ELEKTRIK
Apakah Lampu pendarfluor?
  1. Nota : Apakah Lampu pendarfluor?

HUKUM OHM

HUKUM OHM    
                    
    
Hukum Ohm

PENERANGAN:

Jika rintangan (R) yang diberi kepada pengaliran arus (I) ditambah, manakala voltan (V) tetap seperti peringkat 
permulaan (tidak berubah ), arus akan berkurangan dengan menganggap sauhu rintangan itu tidak berubah.
Dengan bertambahnya (R) akan mengurangkan (I), jadi (I) adalah berkadar songsang dengan ( R). I, V dan R dirangkaikan secara am menggunakan HUKUM OHM

Hukum ohm menyatakan dengan jelas pengaliran arus didalam satu litar itu adalah berkadaran terus kepada d.g.e. yang di bekalkan den berkadaran songsang dengan rintangan (R ) dengan menganggap suhu rintangan tidak berubah.

 
I=V/R


Persamaan ini juga dikenali sebagai 

V=IXR  dan  R=V/I

Untuk memudahkan cara mengingati kita gunakan keadah  segi tiga mudah


Hukum Ohm



 



 

 

 

 

 



Cara menggunakannya

1. Jika kita ingin mencari salah satu daripada tiga formula diatas kita hanya menutup huruf yang ingin di gunakan untuk mencari jawapan contoh nya. Katakan anda diberi soalan untuk mencari voltan. Langkah pertama tutup dengan tangan huruf V dan sekarang kita boleh lihat bahawa yang tertera hanyalah I dan R , cara membaca formula ini ialah I x R. begitulah juga jika anda mencari dua formula lagi.

Faktor faktor yang lain yang perlu diambil perhatian ialah setiap penyelesaian hukum ohm hendaklah mempunyai unit yang telah ditetapkan

ARUS unitnya ialah Ampere
VOLTAN unitnya  ialah  Volt
RINTANGAN  unitnya ialahOhm.




CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
  1. CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai
  1. Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai - New!
Cara pemasangan/wiring Sistem Pembumian (wayar bumi) elektrik di rumah dan industri
  1. Sistem Pembumian (wayar bumi)
Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI

  1. Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI